Wednesday, March 31, 2010

Nama Saya ZARINA....

Ya...nama saya ZARINA... Saya sgt suka nama saya (even ramai lg manusia2 len yang bernama 'zarina')..

Kenapa saya suka nama saya?? Setelah bertahun2 hidop ngan nama ni.. X pernah terpikir pon knapa nama saya len sket dr abg2 saya... Tetiba tringin nk tau.. Kenapa nama saya lain benar dr nama abg2 saya.. Rasa mcm xdak kaitan ngan depa suma.. Sapa la pilih nama nih.. Huruf Z lak 2.. Huruf last skali..

Suatu ptg yang damai.. Tgh sembang2 ngan mak.. Saya pun tanya mak..

  
Saya : Mak, knapa nama adik xdak makna.. Cari p la dalam buku apa pon.. Suma xdak.. Awat nama adik huruf Z.. Awat nama abg suma huruf A??
Mak : Nama hg spesel..  Abg2 hg yg pilih nama 2.. Depa wat seniri..
Saya : Ha?? Kalo nk pilih pon bg la huruf A jgk.. X aci betul laa..
Mak : Hg tau dak mcm mn depa dapat nama hg?
Saya : Mana nak tau..
Mak : Ha.. Tau pun.. Mai nak habaq...(sempat lg mak wat lawak..huhu)... Nama hg, ZARINA 2 depa gabung nama2 depa..

Anuar Zamani - Za
Ahmad Adzri - ri                                            ===> ZARINA
Ahmad Andi - na (dr 'an' ditukaq ke 'na')

Hmmm.. Unik kan? Terkejut gak.. Kreatif jugak abg2 saya nih.. Bila bg nama yg kreatif, depa harap adik depa akan jd seorang yang kreatif.. Sebab 2 la kot saya terlibat dengan dunia 'engineering' tanpa disangka2... Sebenaqnya cita2 nak jd ahli farmasi..X kisah la walaupon ada lg manusia2 len nama 'zarina'.. Tapi nama saya punya sentimental value yg tersendiri, punya keunikan sendiri.. X sama dgn nama2 yg len..

Dulu2 saya suka guna nama 'EINA'.. Konon2 nak glemer..haha.. Tapi, sejak tau perkara sebenaqnya.. Saya lebih suka guna nama 'ZARINA'.. Saya sgt menghargai usaha gigih abg2 saya perah otak utk pilih nama saya.. Adik kesayangan la katakan..huhu...

Terima kasih yang x terhingga utk abg2 saya.. Moga doa kalian semasa pilih nama nih akan termakbul.. Saya hargai sgt2.. Even, dunia akhirat pun saya xkan dpt bls jasa kalian2 suma.. Kalian2 suma adalah 'ibu bapa' yang kedua bg saya.. Luv u all a lot!

Abang sulung @ Abg Nuar @ Anuar Zamani


Abang kedua @ Abang E @ Ahmad Adzri


Abang ketiga @ Abang D @ Ahmad Andi
(bini beliau yg suka interframe..haha)

Sgt byk kenangan manis masa saya kecik2.. Idop bersama 3 org abg.. Macam2 saya lalui.. Saya ikot depa p men meriam, p mndi sungai, p merempit, p cari buluh wat meriam, p motong getah.. Sebab 2 la kot saya agak kasaq kan.. X kisah laa.. Janji saya bahagia buat aktiviti2 2 bersama abang2 saya..

Masa kecik2 saya sgt manja ngan Abg Nuar... Pagi2 kalo nk p sklh.. Dia la yg siapkan saya.. Iron bj sklh saya, sikat rambut saya, pakaikan saya kasut n antaq saya p sklh..huhu.. Manja kan? 
Lepas dia msuk asrama.. Xdak sapa nk layan dah.. sedih.. huhu.. 

Rantai loket ni adalh hadiah dari Abg Nuar.. Sempena dengan gaji pertama beliau.. Sampai sekarang saya masih pakai rantai loket nih.. Dah 10++ tahun saya pakai rantai loket nih.. Xdak sikit pon niat nk beli yang baru.. Saya akan trus pakai rantai loket nih selagi masih ada hayat (dats my promise!)..



Abg E plak dok asrama.. Pas abih sklh rendah ja trus dia masok asrama.. So, dia jarang ada di rumah.. Xbyk masa saya dengan beliau..

Tinggal la Abg D sorang ja..Abg D suka len sket.. Dia ajaq saya baiki moto, keta..haha.. Gilos!.. Saya msh igt ms raya thn bila ntah.. Tinggal kami berdua ja kat umah + mak ayah laa.. Boring giler.. Jd mlm 2 Abg D ajak sy p men bunga api umah jiran.. Walaupon mak dh larang tp sy ikot gak Abg D.. Bila blk umah, tgk2 mak kunci abih suma pintu umah.. hahaha.. Padan muka kami! Jadi, kami dok la depan pintu sambil borak2, gelak2, tuduh2..haha.. Xdak rasa berslh lgsg.. Last2 ayah bukak pintu.. Dapat gak tidoq dlm umah..huhu.. Tq Ayah!

Dulu2 jugak family saya rajin sgt p berkelah, jln2.. Mcm dh jd hobi.. Selalu jugak p asrama Abg Nuar n Abg E.. P melawat depa.. Ah!Rindunya kenangan dulu!< Kalaulah masa blh diputar kembali, ingin sj saya kembali ke masa lalu.. Akan saya nikmati kebahagiaan itu sesungguh2nya.. Akan saya rakam segala2nya..>

Hmmmm.. 2 kenangan dulu2.. Skrg suma dh kawen.. Ada family masing2.. So, komitmen lebih kpd family mereka... Kadang2 raya pon dh rasa x seronok.. Yala, mesti depa kena ikot giliran kan.. Raya umah mak mertua laa, kdg2 kena keja la.. X seronok lgsg.. Bila time cuti, berkumpul ramai2.. Saat 2 plg seronok.. Masak n makan ramai2.. Tapi sgt jarang bleh wat aktiviti 2..

Jarum jam sentiasa berpusing.. Mustahil untuk ia berpusing arah berlawanan.. Masa akan terus berlalu.. Dunia jg akan sentiasa berputar.. Xkan berhenti hgga tiba saatnya.. Yang dulu adalah kenangan.. Kenangan hny dapat diingati.. Mustahil utk kembali ke masa lalu..

Jadi, hargailah apa yg ada dgn anda skrg.. Tak mungkin saat2 indah itu akan berulang lg.. Kalo ia berulang sekalipun.. X mungkin akan sama dgn sebelumnya.. Hargailah org2 disekeliling anda.. 

"Make Someone Happy.. Just SOMEONE!.. And U Will Be Happy Too"

p/s : kepada abg2 saya.. Saya doakan moga kalian sentiasa sihat walafiat.. Semoga kalian berjaya dalam idop.. Semoga kalian bahagia selalu.. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki.. Semoga kalian dilindungi oleh-Nya.. Hanya doa yg dpt saya titipkan buat kalian.. SAYA SGT SAYANG ABANG2 SAYA (walaupon saya selalu dibuli).. 

TQ ALLAH COZ GIVE ME SUCH NICE AND HAPPY FAMILY!! NOTHING WORTH THAN  THAT!

Monday, March 29, 2010

oRaNg YaNg mEnCiNtAi KaMu....


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/kaset kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat , saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung, saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya, namamu menghiasi sebahagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesanan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah orang yang berada disisi mu sekarang melakukannya dengan cara2 seperti di atas?
Kalau ada, jangan mensia-siakan orang tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

Wednesday, March 24, 2010

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA!!!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

 
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

 
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK!

Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.



4. Soal Diri Dengan Soalan Positif


Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Apa tujuan saya mengepos entri di atas??ya..saya cuma nak memotivasikan diri sendiri..sebagai persediaan untuk menghadapi hari esok..
Apa yang akan berlaku esok??hmmm..esok adalah hari paling bersejarah dalam idop saya..penentu masa depan saya..apa 2?meh nak ceta..

Pada ptg isnin..ari yg serabut 2..saya bersama adlida n jue on da way nak g antaq sampel untuk testing kat usm induk..tiba2 dalam keserabutan 2..dapat call..
Miss X: Hello, can i speak with Miss Zarina?
Saya   : Yes, i'm speaking..
Miss X : I'm from Renesas Semiconductor..I'm calling u for an interview for the post of QC Engineer (Quality Control Engineer)..
Saya : Hah! Renesas? Kulim? (blurr giler)
Miss X : Yes, Kulim
Saya : When? and what time?
Miss X : Tuesday at 11am..
(dalam ati..gila siot..esok 2..huhu..camna nih?)
Saya : Can i confirm with u later?
Miss X : Yes u can. Give me a call as soon as possible.

waaaa...keserabutan bertambah!!nk wat apa??mcm mn??tesis lg..2 bijik assignment..huhu..1st person yg timbul dlm kepala adalah...AYAH!!so, call ayah lu..bincang2 ngan ayah..tny pendapat sket2..then, call Miss Renesas 2 blk..

Saya : is it possible if i postpone the interview? (dlm ati mcm2 doa kuar..harap2 blh)
Miss X : yes..when?
Saya : Thursday?
Miss X : ok..this thursday at 11 am, Renesas Kulim..
Saya : OK!tq so much!

alhamdulillah..selesai 1 masalah...

Hari ni..ari rabu dah..esok..KHAMIS!..huhu..of course perasaan nervous 2 ada..takut la..mcm2..tapi, saya rs amat teruja dan gembira sebab saya memg aim dat company!!alhamdulillah..but, interview ja pon!

kata ayah, "rezeki 2 ada di mana2..cuma kita kena usaha dan usaha dan berdoa..kalo ada rezeki kita adalah..kalo bukan rezeki kita, jgn kecewa..cuma buat yang terbaik..ayah sentiasa doakan kejayaan anak2 ayah..yang penting.buat pilihan yang terbaik..jangan terlalu ikot kata ati..igt mak ngan ayah.."

so, zarina...
jadilah yg terbaik antara yang terbaik..bersungguh2..konfident!..berdoa..hope that position is yours!chaiyok2!
APA2 PUN..I'LL TRY MY BEST!..I'LL WORK HARD TO GET THAT JOB!I CAN DO IT!

P/S: kepada penemuduga saya...jumpa anda di Renesas Semiconductor Sdn Bhd!
P/S: kpd abg2 + kakak2 ipaq saya..doakan moga saya berjaya..kalo saya dapat kerja nih..saya blnja anda2 suma makan kat umah Tok Timah!free of charge!

Thursday, March 18, 2010

Zoo Taiping 1!

Salam semua...
Hurm..kali ni nk ceta pasai berjalan2 makan angin, asap suma laa kat Taiping!
Malam seblum bertolak 2, saya blk umah..so, kira2 suma insan2 yang akan turut serta..abg nuar, kak niza, abg D, ayah, mak, nana, pina, pendi n lastly saya..so, bahagi2 keta...

Keta avanza abg nuar-Abg nuar, kak niza, nana, pina n pendi (driver abg nuar)
Keta kancil-Abg D, ayah, mak n saya (driver abg D)

Malam 2 jugak siap2 menu tuk bwk kelah sok..bihun goreng, nasik, ayam msk merah, udang goreng kacang, ikan goreng..( nasi kena bwk jgk..ayah saya kena mkn nasik..kalox dia x senang duduk @ gastrik)

Pada pg hari kejadian, tiba2 abg D xnk p..dia ckp mls nk p..so, sapa nk drive??huhu..tiada calon len..mau xmau..saya terpaksa drive..naseb bek ayah ada..ayah saya jd co-driver..(beliau tahu bwk keta, tp beliau xdak lesen)...Bertolak dari umah kul 8 pg..dlm kul 9++ pg sampai Taiping..then, msuk jln2..letih siot..kul 12 cam2 trus gerak ke Taman Tasek Taiping..p berkelah kat sana..best giler..mkn ramai2..tepi tasek lak 2..dh lama x rasa saat2 mcm ni..jom terjah kamera saya..
tgh tggu si pembeli tiket!

mak, ayah, abg nuar n k.niza..

pendi dan boya peliharaan beliau..

pendi dan kwn beliau yg tlh lama mghilang..

mereka berdua telah mghbskan duet sy dgn membli belon itu..

makan time..tepi taman tasek taiping..

Tok Dan n cucu kesygan beliau.. 

 
1st gmbaq Pina amik (tgh ajaq pina guna kemera)

jalan-jalan amik gambaq sekeliling tasek..

Ayah yang sporting..naseb bek bekalan curut mencukupi..haha

Banyak lg gmbq..malas dh nk upload..tenet cam cipan @ tapir @ tenuk..esk2 kita terjah kamera abg nuar lak..kat situ byk gmbq2 yg interframe..haha...

Wednesday, March 17, 2010

Untukmu insan yang bergelar WANITA / ISTERI


Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 
"Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' 

Rasulullah SAW menjawab, 
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
"Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
"Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. 

Rasulullah SAW berkata,
"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,
'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' 

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
  1.  Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
  2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan". Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti "berdukacita"
  3. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
  • Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.  Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
  • Memberi salam.
  •  Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. 

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. 

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW" 

{credit to fakhrullahghazali}

Monday, March 15, 2010

'Saya Telah Melakukan Perubahan..'

Salam kengkawan...
How's ur morning??.Hope dis morning better than yesterday's morning..
Pagi ni..bangun awal..then, ckp kat diri.."saya telah melakukan perubahan"..
Juz wanna share one story that i got from Wawa Hida's facebook..
Read through n u will understand what i mean..enjoyzzzz!!!

<<<Sudah menjadi rutin lelaki tua itu untuk bangkit dari tidonya sebelum dinihari. Dia lazimnya memulakan hari barunya dengan menyusuri pantai yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Pada suatu pagi yang bening, sambil dia berjalan terlihat olehnya seorang pemuda sedang membongkokkan badannya sambil mengutip sisa-sisa tinggalan yang dibawa ke gigi air oleh air pasang semalam. Selain sampah sarap, pemuda tersebut turut mengutip tapak sulaiman yang terdampar lalu membalingnya semula ke laut.


Lelaki tua itu tertarik untuk bertanya apakah tujuan pemuda tersebut berbuat demikian.


" air pasang telah menyebabkan tapak2 sulaiman ini terdampar di tepian pantai & ia tidak boleh kembali semula ke laut dengan sendirinya " balas pemuda itu. Sambungnya " semua akan mati tatkala terbit mentari kecuali saya membalingnya semula ke laut"


Sambil pemuda tersebut berkata2, lelaki tua itu hanya memerhatikannya. Matanya meleret menyaksikan laut yang terbentang luas. Tapak2 sulaiman yang terdampar pula tidak terkira banyaknya.

 
" Tetapi, tapak sulaiman ini entah berapa bilangannya. Bolehkah anak muda selamatkan kesemuanya sebelum matahari muncul??? Sudah tentu rancangan saudara ini tidak akan membawa apa2 perubahan" Soal lelaki tua itu lagi.

Pemuda tersebut berhenti sejenak untuk berdiri & dia kembali membongkok, mengutip tapak sulaiman & melontarkannya sejauh mungkin ke lautan. Lantas, dia berpaling ke arah lelaki tua itu dan berkata
" Saya telah melakukan perubahan kepada yang tadi, dan ini...dan ini..." 
( sambil terus mengutip & megutip & melontar lagi )>>>


P/S : KITA SEMUA MAMPU MELAKUKAN PERUBAHAN DGN HANYA TINDAKAN2 KECIL YG KITA LAKUKAN... KITA TIDAK PERNAH TAHU APAKAH IMPAKNYA DR HANYA SEKUNTUM SENYUMAN  YG DILEMPARKAN, SENTUHAN @ KATA-KATA BAIK  YANG KELUAR DARI MULUT KITA ~ :)

Kuma-kuma kata : Mulai hari ini..saya akan memulakan pagi saya dengan perubahan..let's  make some changes in our life!

Sunday, March 14, 2010

FYPing....bosan!

Salam all..
Bosan gila..bila la final year project ni nak abih..cemuih dh tgk..huhu..

La ni..tinggal dulu pasai fyp..letak jejauh sket..
Ok..nk ceta aktiviti yg akan berlangsung time cuti sekolah a.k.a ari selasa ni (sklh yg cuti..kita yg sebok2)

My eldest abg..abg nuar..ajak saya n family p zoo taiping..lgpon memg saya dh berjanji sama kanak2 dua org 2 nk bwk depa p tgk 'kwn2' depa..haha..My second abg..abg E xdpt ikot sebab beliau kerja n anak2 beliau dh 'dipos' ke umah mak mertua beliau..so, plan hny la beberapa insan saja akan turut serta..

Tetiba, mak bapak kanak2 dua org tu nk join.. bapak depa a.k.a abg third..abg D..keta muat ka??haha..tobat x muat..ermm..sia2 la abg E ada dua keta kan?lgpon beliau p keja nek moto..kesian keta2 beliau..huhu
Jadi saya dgn rs teruja ckp la kat abg E...

Saya: Abg, nk pnjm keta..nk p zoo taiping nnt..
Abg E: nk keta mana?
Saya: keta kancil dh la..x ramai pon..
Abg E: amik la Avanza tu..blh bwk ramai2
(perli ka apa 2?)
Mak: oih! xyah dok bwk keta besaq2..terblk satgi naya!
(hahaha..tau la saya jarang drive..tp xyah la perli smpai tahap tu..sampai ati mak..sob2)

Lastly, esk dpt keta..leh pnjam utk semggu..haha..

Iklan..wajah kanak2 itu.....

                     Dua beradik ini..PINA n PENDI

krisis identiti..huhu

petandingan nyanyian peringkat kg air puteh, junjong
(Pina ada iras2 Dr Rozmey..kan2?hahaha)


Kuma-kuma kata: Jangan heran kalo saya jarang ada kat bilik mggu ni..huhu

Friday, March 12, 2010

Kembaq!

Salam suma..salam 1 Malaysia..huhu..

Kembaq ka??suma org kata kembaq..nmpak mcm kembaq ka??ermm..memg kembaq..tp len mak, len ayah..leh tarikh beranak..:p
Mai usya lagi 1 gambaq..tgk betoi2..nmpak cam kembaq ka dak..haha


Nih lg 1..sama ja..dalam kedai yang sama..tima kasih kat pakcik kamera 2..

Sebenaqnya, gambaq ni amik just nk test kamera yang Cik Askma nk bli nih..bli mahai2..kena test lu..nnt kalo x menepati citarasa..leh tukaq..hehe..
kamera mahai 2...rugi kalo beli dapat yang x berkualiti kan?so, try test dulu laa..

Hujung mggu lpas..dgn penuh kerajinan, saya p melepak kat umah sewa Cik Askma kat flat blkg USM induk (nama pa tah..lupa dah)..pas2..Cik Askma kata nak beli kamera..so, kami jejalan kat komtar..seharian kat komtar..apa yg dibeli?erm..2 buah novel + 1 bijik kamera..uish!jalan sakan..window shopping ja laa..

Pas2..ada gak p usya2 career fair kat induk..tp xdak apa yang menarik pon..dpt la jugak buang masa sikit sebyk kat induk 2..dpt la risalah + free buku graduan..x byk utk engineering..p jln2 ja laa..

Pagi ahad..p jln2 kat Taman Rekreasi Perbandaran (kalo xslh la..)..best jugak kat situ..terserempak lak ngan dekan skul bahan, Prof Fauzi n family..bagus la prof..bwk family jln2...ptg 2..blk ke tmpt asal..tp 1 ja..terkilan xdpt jmpa Cik Lida..beliau bizi ngan masalah ati n perasaan beliau....whatever la Cik Lida..as long as u happy..

Kuma-kuma kata: nanti nk mintak hadiah kamera time birthday..(^.~)

Cinta Seorang Suami...

Kisah benar … cukup memberi kesan pada jiwa.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun
 
Mereka dikurniakan 4 orang anak ..disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun..Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
 
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur..Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..
 
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
 
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
 
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yang masih kuliah.
 
Pada suatu hari ke empat-empat  anak Pak  Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing..Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.
 
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : 
“Pak, kami ingin sekali merawat ibu..Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
 
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini..kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
 
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku.. jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.. mungkin bapak akan berkahwin lagi..tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku..itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian..Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia ..Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain..bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?"
 
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno..Merekapun  melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya..Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
 
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno…
"Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?"
 
Ketika itu pak Suyatno pun menangis..tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
 
Disitulah Pak Suyatno bercerita...
"Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur..Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya..Sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya,mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata...dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik..Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah..Dan itu merupakan ujian bagi saya..Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya..apalagi dia sakit..Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya..Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya..kerana DIA Maha Mendengar"


Masih wujudkah lelaki seperti Pak Suyatno ini?Masih wujudkah seorang suami yang punya ciri2 seperti Pak Suyatno ini?

Iman Adalah Kehidupan Yang Sebenar...
"Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah merekan kerjakan"
[An-Nahl:97]

--->Maksud kehidupan yang baik dalam ayat di atas ialah ketenangan jiwa mereka dikeranakan janji baik tuhan mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Dzat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpangan iman, ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani takdir Allah dan keikhlasan mereka menerima takdir.

Terimalah Qada' dan Qadar Allah..
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya..'
[Al-Hadid:22]

"..tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.."
[At-Taubah:51]

---->Jangan biarkan diri anda larut dalam kesedihan..jangan mengira diri anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah. Adalah tidak benar apabila semua itu dapat terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu, kerana apa yang telah digariskan akan terjadi. Setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana.

Masih Ada Yang Selalu Mengabulkan Permintaan Anda
"...berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.."
[Al-Mu'Minun:60]

--->Ketika musibah dan bencana datang kepada anda silih berganti, berzikirlah kepadaNya, sebutlah namaNya, mohonlah pertolonganNya dan mintalah jalan keluar daripadaNya. Angkat kedua tangan anda, buka kedua telapak tangan anda, perbanyak memohon kepadaNya. Jangan anda bosan meminta kepadaNya.. Jangan anda berpaling dari pintuNya. Harapkanlah kelembutan kasih sayang dariNya. Nantikan pertolonganNya dan selalu berbaik sangkalah kepadaNya. Selalulah beribadah kepadaNya..

{suma2 yang ada kat atas 2..dipetik dari buku 'La Tahzan'..'Jangan Bersedih..Don't Be Sad'..karya Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni}

Ni lah buku2 koleksi saya..Buku 1 pon x abih baca lg..sapa2 nk pnjam silakan..
leh berkongsi ilmu..