Wednesday, May 26, 2010

Jangan Gelak..Pleaseeee..

JANGAN GELAK 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak.... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi
korbanku.."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi..... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN GELAK 2:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan
cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"



JANGAN GELAK 3:
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........ NANTI KITO BAYAR
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH... ..
SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI........ ......... ......
MENANTU TERENGGANU : LOOOO..... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi
kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... . HOK ADA SEPIK NUNG.....(sepit / ketam)...


JANGAN GELAK 4:
ATUK : KENAPA CU X SEPERTI KWN SEBAYE CU?TGK KWN² CU...SUME LULUS
TINGGI².CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA.BILA NAK BELAJAR? BESAR NAK JADI APE??? (marah thp tertinggi smpai nak keluar lava)
CUCU : ATUK NIH ASEK BANDINGKAN KTER NGAN KWN² KITE... KTER X MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KWN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...
ATUK : X SAMA APE NYER?
CUCU : YER LA. KWN² SEBAYE ATUK SUME DAH JD ARWAHKAN??
ATUK : A$B3$T0$!!!! !!

Friday, May 14, 2010

For The Rest Of My Life

Maher Zain - For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Thursday, May 6, 2010

The Battle Begin.....

VIVA....adeh!
kenapa kena ada VIVA?
kalo keta VIVA ok jugak...
naseb bek bukan 'VIVA FOREVER'

Tajuk: SESI PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 2010

nak letak besaq2..senang nk tgk..huhu

Tarikh: 11 Mei 2010
Masa : 9.20 Pagi
Tempat: Bilik Multimedia
Panel: 
  1. Dr Shah Rizal Kasim------> Ketua Panel
  2. Dr Ahmad Badri Ismail
  3. Prof Madya Ir Dr Cheong Kuan Yew ------> most dangerous lecturer
  4. Dr  Zuhailawati Hussein
  5. Prof Madya Dr Sabar Derita Hutagalung -------> Penasihat Akademik saya
  6. Dr Sheikh Abd Rezan Sheikh Abd Hamid
  7. Pn Anasyida Abu Seman
Adeh! gena nk berhadapan ngan  7 orang manusia di dalam bilik itu.. pesan senior,"prepare 2 die".. Last stage sebelum bergraduate.. Harap2 suma akan berjalan dengan lancar tenang dan bahagia.. now, kena stabilkan ati dan perasaan supaya senang nak berhadapan dengan insan2 di atas.. Bukan mudah utk berjaya.. semua memerlukan pengorbanan.. Harap dapat bergraduate dgn jayanya.. Supaya cepat blah dr sini dan mulakan idop baru di negara org..

WISH ME LUCK!

p/s: I'm gonna prepare to LIVE!..yeah!will do my best, my very best and the bestest of me!promise!Everything will be fine..

Tuesday, May 4, 2010

Rindu Dia---------------> Qashrina

Hmmmm...
Baru ja jumpa beberapa hari yang lalu...
Tapi dh rasa rindu giler..
Adeh!bila lg la leh jumpa si kecik nih...

Nyenyaknya dia tidoq......

Comey!!hukhuk


Nak dukung jugak..penat kejut dia bgn..huhu

Seronok tgk muka suci bersih si kecik nih..
Tapi kenapalah si ayah x menghargai kehadiran dia..
Dia ada wat salah ka??
Len kali kalo xnk anak jgn buat! b******!
Sekarang sapa yang susah?
Si Mak n Si Anak jugak..
Rasa macam nk lempang berkali2 ja si ayah dia..
Orang len suma tringin nk baby..
Dia plak langsung x hargai..Haish!

Julia,
InsyaAllah permintaan kamu akan saya tunaikan..
Bila sampai masa nanti..
Just wait n see..
For Julia, u deserve better!

p/s: Adeh!camna la saya nak kawen nnt.. Takut betul dengaq ceta2 yg x best.. Bak kata Cik Izaidah, "Mana u nak cari pakwe? Lelaki kat dunia ni dah pupus la"... Boleh terima ka statement 2? hmmm

Monday, May 3, 2010

Redha.................


Quantcast

TUHAN selalu beri manusia ujian dan cabaran untuk kita lebih kuat mendepani setiap dugaan itu. Tidak ada apa yang dilakukanNya selain untuk menjadikan kita lebih cemerlang dalam hidup.

Jangan selalu menganggap apa yang ditakdirkan kepada kita itu sebagai musibah. Ya, bersedih atas setiap malapetaka, bermuram di atas perkara yang tidak dijangka adalah lumrah. Cuma jangan sampai dikata melawan kehendak takdir.

Terkadang manusia teramat penuh dengan pelbagai rasa yang tidak terungkap dek kata-kata. Namanya pun manusia, sudah tentu dianugerah dengan bermacam perasaan. Ada curiga, syak-wasangka, cemburu, benci, dendam dan termasuk juga rasa  kasih, sayang, cinta dan yang seumpamanya.

Adakalanya, setiap yang telah berlaku dan yang akan berlaku itu memang sengaja diatur oleh Tuhan untuk kita menjadi lebih tegar dalam hidup. Lebih cekal dan kuat dalam menjalani kehidupan. 

Hari ini kita mungkin merasakan Tuhan amat tidak sayang kepada kita. Kenapa? Ya, mungkin kerana diberikanNya kepada kita rasa hati yang tidak seperti yang diharapkan. Terkadang itu ketenangan yang sentiasa diharapkan gagal untuk diraih lantaran ujian yang menimpa. Kemanisan damainya hati sentiasa ditoreh oleh perkara2 kecil.
 
Jangan terlalu mudah tewas dengan keadaan dan situasi. Seorang yang kuat adalah mereka yang mampu menghadapi setiap onak dan liku itu dengan selamba. Anggap sahajalah setiap susah dan derita itu sebagai lakaran warna-warni kisah hidup kita. Bila Tuhan masih sayangkan kita, Dia akan terus uji dan uji kita agar kita lebih cemerlang dan gemilang dalam hidup!

Kembalilah kepada Tuhan, dalam apa jua pun hal dan keadaan. Dialah tempat kembalinya tatkala jiwa bergolak, hati merodak resah, jiwa meruntun gelisah. Berbolaknya hati itu adalah lantaran kurangnya penyerahan dan pergantungan kita kepadanya. Kurangnya percaya kita di atas setiap aturanNya.


___________________________________________________________
Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim…. Hapuskanlah ya Allah hitam dan kelam yang terbuncah dihatiku. Kembalikan sinaran tenangMu ke dalam jiwa hambaMu ini ya Rabb! Semaikanlah rasa tenang, sayang, kasih dan cinta. Maka kau buangkanlah bibit benci, prasangka dan iri dari lubuk hitamku..…  Amin.
___________________________________________________________


p/s: Tuhan sentiasa sayangkan kita. Maka itu jangan malu untuk sentiasa mengharap kasih dan rindu dariNya. Bila resah dan gelisah menyapa diri, segeralah menghadapNya kerana  Dia tidak pernah menghampakan harapan setiap hambaNya. Kerana Dia tidak pernah mempermainkan perasaan hambaNya. Kerana Dia sentiasa menghargai hambaNya. Kerana Dia sentiasa bersama hambaNya... Saya REDHA...

Saturday, May 1, 2010

Saya Sudah Bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
 
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
 
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
 
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
 
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

<Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.>>

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


~DUNIA HANYA SEMENTARA~

PePataH ZaMaN ModEn...

Zaman2 moden nih... Macam2 benda dh di'modified'kan... Kononanya yg zaman dulu2 dh x sesuai utk digunapakai zaman skrg... Macam jugak pepatah2 nih.. Sesuai utk sesapa yg boring.. Kalo korang x rasa nk gelak.. Saya xtau la korang manusia spesies apa... Hahahaha.. ENJOYZZZZZ

 
Alang-alang mandi biar guna sabun

Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.

Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.

Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.

Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.

Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.

Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

Habis madu sepah dikitar semula.

Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

Hidup segan mati ditanam.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.

Jauh di mata sakit di hati.

Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.(beli le pukat tunda lagi baik)

Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.

Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.

Membujur lalu melintang pukang.

Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.

Patah tumbuh hilang report polis.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.

Sambil menyelam tengok kapal selam.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.

Tiada rotan pelempang berguna juga.

Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.