Sunday, June 20, 2010

Dia LELAKI.....

Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak. Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!

Orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya. Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 

 
  1. Dia lelaki yang sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia lelaki yang sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)
  3. Dia lelaki yang banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.
  4. Dia lelaki yang akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.
  5. Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.
  7. Dia lelaki yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Dia lelaki yang mudah sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.
  9. Dia lelaki yang akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.
  10. Dia lelaki yang akan mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.
  11. Dia lelaki yang akan menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  12. Dia lelaki yang akan pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.
  13. Dia lelaki yang akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  14. Dia lelaki yang akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  15. Dia lelaki yang akan lebih mementingkan kekasih dari dirinya.
  16. Dia lelaki yang akan kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.
  17. Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan yang penting dengannya.
  18. Dia lelaki yang akan sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  19. Dia lelaki yang akan tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.
  20. Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sanggup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.

p/s: Ada x LELAKI yg sebegini disamping anda?? Jika ada...hargailah dia, cintailah dia, sayangilah dia.. Jangan dilukai hatinya.. Kerana anda adalah salah seorang wanita yang sangat bertuah di dunia ini.. 

Wednesday, June 16, 2010

Final Year Student....

Salam....
Arini rasa nk publish gmbq paling mahai skali..hehe..
Rugi la sesapa yg x wujud dlm gmbq nih..(dak2 bahan laa)..
Bukan slalu leh amik gmbq ngan lecturer skali..


Gambaq ni amik time bila ntah..
sebenaqnya untuk suma pelajar kejuruteraan bahan thn 4..
tapi ramai lak xdak..p mn ntah laa..
Kebanyakkan lecturer ada laa..yg wajib skali Prof Fauzi laa..
dekan skul bahan..orang penting 2..
Tringat zaman2 blajaq dulu..best pun ada..xbest lg la byk..
(br sedaq yg supervisor saya xdak..di mn beliau??)hahaha..
Kebanyakkan dr mereka2 ini jugak dh keja..
yg nk kawen pun ada gak (kan bit kan?)..hehe..
Hope dapat jumpak korang lg nnt..
4 tahun kenal...best sgt..
Tq kpd suma kwn2 bahan..
Yang dh keja..nnt gaji jgn lupa roger..
Tmbah2 yg dok area penang (suha, cicik, mimi, dayah-paan, yaya)

Pokok paling best dlm usm..
Bila time berbunga, meriah ja usm..
Rasa mcm kat korea lak..
hehe

p/s:bulan 8 ni leh wat reunion skali lg..selamat berijazah ye suma..

Monday, June 14, 2010

Durian..Hujan...

Salam...
Hari ni tetiba ada mood nk update blog..
Laa ni meh nk ceta pasai aktiviti hari ni..
Hari ni pg ok cerah terang bendeghang..
Bila ayah blk motong tetiba ayah bg guni besarrr punya..
Tau ada apa dlm guni 2??
Ada..............DURIAN!!!!...
Byk 2...yg muda ada, yg tua pon ada..remaja xdak naa..haha

Durian yg tua2 @ masak..kami makan laa..yg muda2 plak..wat masak sayur....
 
ni durian muda..besarrrr punya isi..

ni sayuq durian...

Sebab tgh ghajin kan.. Tambah lg menu mkn tgh hari.. Ikan Terubuk Bakaq..sodapp..


Ok... Dah abih sesi tgh ari... Petangnya pulak.. G jejalan kat kulim ngan kak ana..
Pas2 ayah call suh p bukit.. Kutip durian lagi.. Dengan penuh kerajinan..p la bukit..dh la br pas ujan..jln licin gila..dgn air penuh..sampai xleh nk beza parit ka, lopak ka..men redah jaa..tp naseb bek slmt..huhu..

Masa nk blk umah..lalu la kat ayaq terjun junjong.. singgah sat nk cuci mata..kesian sapa yg p arini..xleh mndi..sebab ayaq laju..kebetulan plak ayaq bukit..takut nnt kepala ayaq mai..xpasai2 ada yg lemas..sempat la snap beberapa keping gmbq..

Suasana ayaq terjun junjong pas ujan..


Tgk..betapa lajunya ayaq....jd amat bahaya kpd pengunjung2..tidak dibenarkan mandi selepas ujan..

Dah puas jalan2 cuci mata kat sana..tggu pa lg..blk mkn durian laa..sepanjang hari asyik makan durian..mlm2 xleh tidoq..panas siot!!..huhu

p/s:Sesapa tringin nk mkn durian junjong 2..jemput2 la mai umah saya..xyah risau..durian free..kalo nk hat kena bayaq..on da way nk mai umah sy 2..singgah la pekan junjong..la ni dh jd mcm pesta durian kat pekan 2..

Tuesday, June 8, 2010

JaLaN dan BerJaLan.

Salam kawan-kawan..
Hari ni nk update kejadian yg berlaku semalam..
Cik Izaidah merungut sebab saya asyik update blog benda yg tak berkenaan ngan diri saya..
Eh, berkenaan la 2..
Byk betul mengomen..
Adeh!lari tajuk lak..

Ok..sambung story..
Suatu petang yang damai.. Saya dapat 1 msg, "Zarina, jom kuar..aku ngan asma blanja". Waa..berseri2 hanset saya.. Mata pun berseri2 jugak.. Sengih 2 toksah kira.. Rasa melayang2 jaa..(hiperbola la plak..hahaha)..Yela..tgh sengkek2..tetiba ada insan2 yang murah hati nk blanja.. So, mula la memplankan rencana2 yg best..

Teringat Cik Lida yg keseorangan di usm tercinta.. Kitorang pun ajak la beliau join skali.. Bergerak la keempat2 anak dara merempit ke Jusco seberang perai.. P sana pun sbb Cik Askma x penah p.. Niat hati nk bwk beliau jalan2 kat sana..

Sebab dh lama (lama la sgt..huhu) tak menengok wayang.. Kitorang decide nk menengok wayang la.. Byk la plak filem best2.. Tapi saya pilih (sebab depa suh saya pilih) muvi yang sesuai ngan Cik Askma..hahaha (ampun askma).. Lastly, kitorang menengok muvi Lagenda Budak Setan.. best jugak.. Paling menyentuh hati lagu tema dia.. Waaaa.. Cik Lida punya melayan perasaan.. (Saya pun layan gak..hahaha)


Tengah melantak KFC..


Perluka wat cam2 askma??huhu


Macam xdak perasaan ja manusia sebelah saya 2..huhu


askma..adeh!

Paling best sebab watak 'AZMI'.. kenapa la pilih nama yg x komersial 2.. kan Cik Izaidah??hahaha.. watak lebih kurang jer ngan azmi yg realiti.. x gitu Cik Izaidah??.. Pasni ada sambungan lagi citer ni..

Pas2 sementara nak tggu zohor.. dengan penuh kerajinan.. keempat2 anak dara ni pun melangkah ke perpustakaan yang ada kat jusco 2.. rajin gila kan??..hahaha


Baca apa 2..hehe


Askma...sebelum..


Askma...selepas (adeh!perluka??)


Dua gadis yang sentiasa cool..haha (yaka??)


Masa dalam perpustakaan 2 tetiba Cik Askma bersuara:

Cik Askma: Zarina, baju kawen hg wrna apa nnt?(beliau tgh bc majalah pengantin)
Zarina: Warna oren!(tetiba ja..)
Cik Askma pun belek2 la gmbq cnth2 bj....
Zarina: Sekarang ramai org pakai wrna purple, hijau, biru..bosan laa..aku nk pakai kaler len dr yg len..
Cik Askma: Ala..x lawa laa..nmpk buruk.amik warna kuning laa..haaa..itam xdak org pkai lg..
Zarina: xleh..satgi sultan marah..haha..itam ok gak..tgh hari panas..bj pengantin wrna hitam..hahaha
Cik Askma: Tui gak no..aku suka purple ni..(sambil tunjuk gmbr bj pengantin warna purple)
Zarina: Eh, tapi aku kena tgk gak..laki aku kaler apa..br blh pilih bj..hahaha
Cik Askma: hahaha..betoi la..pakai gaun laaa..amik gaun yg muslimah punya..lengan pjg..pas2 pakai tudung..ok pa..

Adoi!calon xdak..nk kawen ngan sapa ntah laa..x gitu Cik Askma, Cik Lida n Cik Izaidah???haish!..hahaha..xpa2..janji kita bahagia bersama kan??nnt kita jalan2 cari cinta plak..

Sangat seronok hari tu.. Sangat la best.. Sangat la buang masa.. Suasana yang gembira dan ceria..Terima kasih kawan2.. huhu.. Nanti saya blanja korang lak.. Promise!!Terima kasih dekat 'kak2 operator' yg belanja saya.. Tahniah kat Cik Lida dpt mkn cheezy wedges 'kak engineer'..(sbb abg engineer dh xdak..huhu)..Cik Izaidah yg baru pas excident..sggp lupakan kesakitan sebab nk p jln2..hahaha..len kali nek moto pakai kasut but..barula selamat jari2 hg tu..turun dh harga sebab jari cacat..hahaha..Trimas kat Cik Askma sbb sudi menengok wayang ngan kami!..pecah rekod tu!haha..Di lain hari kita buang masa lg ya..

p/s: itula namanya sahabat sejati.. sentiasa bersama..gembira ka susah ka..xkisah pun sapa kawan kita..yang paling penting..hargai kawan2 anda..hgpa memg superb best la weh..FRIENDS FOREVER!!..HARAP KEKAL SAMPAI AKHIR HAYAT!!

Sunday, June 6, 2010

Setiap Wanita Itu Cantik...

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya, "mengapa ibu menangis?"..
Jawab ibunya, "kerana aku seorang WANITA".
"aku tidak mengerti", kata sang anak.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"...

**************************************************************************************************************************

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"..
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya..

**************************************************************************************************************************

Anak lelaki itu membesar lalu menjadi seorang lelaki dewasa. Tetapi dia masih ingin mengetahui mengapa wanita menangis. Akhirnya dia menghubungi Tuhan lalu dia pun bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Lalu Allah berfirman,

"Ketika Aku menciptakan wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk terus berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan."

"Kau tahu..kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, bukanlah dari susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya..Tempat di mana CINTA itu ada.."

p/s: Hargailah setiap wanita yang berada disisi anda kerana...setiap wanita itu cantik.............