Manikam Ketiga: BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG BERBUAT BAIK HUKUMNYA ADALAH WAJIB!
" Berbohonglah pada hawa nafsu
bila kau berbicara padanya
Jika kau jujur padanya nescaya
akan pudarlah segala yang kau harapkan"
Dalam keluarga Barmak ada seorang perempuan yang pada mulanya adalah hamba perempuan yang biasa diperjual-belikan. Lalu Raja Maghrib Al-Mu'tamid bin 'Abbad membelinya, memerdekakannya lalu menjadikannya permaisuri. Ketika sang permasuri melihat hamba2 perempuannya bermain lumpur, lalu ia merindukan masa lalunya bermain lumpur. Raja pun memerintahkan agar dibuatkan untuk isterinya sejumlah minyak wangi yang warnanya seperti lumpur lalu sang permaisuri pun bermain2 di dalamnya.
Namun ketika sang permaisuri marah, ia mengatakan " Sesungguhnya aku tidak pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu". Akan tetapi, sang raja hanya tersenyum dan menjawab " Juga tidak ada kebaikan saat aku membuatkan lumpur minyak wangi untukmu?". Lalu sang permaisuri merasa malu kerana jawapan itu.
Memang merupakan tabiat wanita atau sesetengah darinya selalu melupakan kebaikan suami atau orang lain saat mereka melakukan kesalahan..Dalam hadis Rasullullah S.A.W
maksudnya" Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu, kerana sesungguhnya aku melihat kamu adalah majoriti penghuni neraka." Mereka bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasullullah?" Rasullullah S.A.W menjawab:"Kerana kamu cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami"
Jadi, wahai wanita2 sekalian..selalulah mengucapkan TERIMA KASIH setiap kali orang lain melakukan kebaikan kepadamu (bukan kepada wanita sahaja, samalah jugak kepada lelaki). Lagipun ucapan TERIMA KASIH tu kan WAJIB!
p/s: baru beli buku "JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"..best la buku ni..kat sini saya wat ulasan sikit2 ja..so, kalo berminat..belilah buku nih..x rugi tau (azam tahun baru..nak jadi wanita yang paling bahagia!)