Saturday, February 23, 2013

Ayah...Mak

Assalamualaikum..

Semalam terbaca satu post kat fb..

Tapi terlupa plak dari page apa..

So, mari menangis secara berjemaah..


Kisah Benar... cerita daripada seorang Ustaz dalam kuliah beliau...
Ustaz tu cite pasal pengalaman die tgk sorang anak yg menguruskan jenazah ayahnya dr mula sampai akhir.. semasa memandikan ayahnya dia berdoa, semasa mengkafankan ayahnya dia berdoa dan semasa mengusung keranda ayahnya dia berdoa utk kesejahteraan ayahnya.. timbul ilham utk mengkatunkan cerita ustaz tu.. sama2 kita ambil iktibar.

Klik gambar untuk view besar


Ini adalah kisah benar..

Tapi telah diilustrasikan dalam bentuk komik..

Doa Si Anak semasa memandikan jenazah Ayah kesayangannya...

" Ya Allah... Semasa kecilku ayahku memandikan aku... Aku merungut... Tapi hari ini aku mandikannya, dia hanya diam tidak bersuara lagi... Ya Allah sucikanlah dosa2nya seperti sucinya dia selepas aku memandikannya..."


Doa Si Anak semasa mengkafankan jenazah Ayah kesayangannya...

" Ya Allah... Semasa kecil ayahku memakaikan aku pakaian yang baik2... Hari ini aku pakaikan ayahku dengan kain putih saja Ya Allah... Ya Allah... Indahkanlah kubur ayahku sebersih pakaian yang aku pakaikan padanya..."


Doa Si Anak semasa mengusung jenazah Ayah kesayangannya...

" Ya Allah... Semasa kecil, ayahku mengendong aku kemana yang aku mahukan... Hari ini aku mengendongnya ke perjalanan terakhirnya... Ya Allah... Permudahkanlah perjalanannya dan ampunilah dosa2nya... Selamat tinggal Abah.. Saya sayang Abah..."


Jadi, marilah kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita




Pernah dengar lagu nih? Mesti pernah kan.. Ambik la masa walau sekejap untuk hayati lagu nih.. :-)







Sayangilah kedua ibu bapa mu.. Hilang kekasih boleh cari.. Hilang kawan masih boleh cari.. Tapi kalau hilang ibu bapa tiada ganti.. Berbuat baiklah kepada keduanya selagi mereka masih diberi kesempatan bersama mu.. Ingat, doa ibu bapa adalah doa yang paling berharga..










p/s: Saya sayang mereka berdua yang kat atas tu... (^__________^)

Monday, February 18, 2013

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??

Kadang-kadang (selalunya) kita akan dipertemukan dengan orang yang salah..

Berkenalan, Bertemu, Bercinta bagai nak rak..

Berhabis perasaan, berhabis duet, masa...

Tiba-tiba ditinggalkan.. Kalau ditinggalkan bersebab ok lagi kot..

Kalo tak bersebab tu, rasa macam nak lempang2 ja kan??

Selalunya 2,3 kali jugak la jadi dalam hidup kita kan..

Sampai sesetengah manusia tu hilang kepercayaan terhadap cinta..

Kenapa Allah uji kita macam tu??

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??



  1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu dengan jodoh yang sebenar, MASIH ADA RASA SYUKUR pada ketentuanNya.
  2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi PENILAI yang baik.
  3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanya makhluk yang sentiasa MENGHARAPKAN pertolongan Allah.
  4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang YANG TERBAIK, khas untuk kita.
  5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa DIA BUKANLAH PILIHAN YANG HEBAT untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat MENGUTIP PENGALAMAN yang tidak semua orang dapat mengalaminya.
  7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA PADA ALLAH.
  9. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali yang kehidupan ini TAK SELAMANYA KEKAL.


Malaikat bertanya : "Apa kekurangan wanita ?" 
Lalu Allah menjawab: "Hanya satu hal. Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya"


Jadi kawan2 sekalian, bercintalah seadanya, berkasihlah seadanya, sayanglah seadanya.. Jika dikecewakan suatu hari nanti, kita takkan terlalu hilang arah (peringatan untuk diri sendiri jugak)


p/s: Sumber dari blog Kak Nanie.. Love yourself before you love someone else..

Di Saat itu.....

Di saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya... 
Di saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya... 
Di saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya... 
Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahwa dia selalu setia kepadamu... 
Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu... 
 Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu... 
Jangan sampai di saat dia sudah tidak lagi di sisimu..
kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu... 


Yang indah hanya sementara... 
Yang abadi adalah kenangan... 
Yang ikhlas hanya dari hati... 
Yang tulus hanya dari sanubari... 


Tidak mudah mencari yang telah hilang... 
Tidak mudah mengejar impian... 
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada... 
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga... 
Ingatlah kata pepatah: 
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini..." 


Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif... 
Hidup bagaikan mimpi, seindah manapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas... 
Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jabatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak bisa dimiliki... 
Apalagi yang mau diperebutkan... 
Apalagi yang mau disombongkan... 
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani... 


Jangan terlalu berkira... 
Jangan hanya mahu menang sendiri... 
Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita... 
Belajarlah tiada hari tanpa kasih... 
Selalu berlapang dada dan mengalah... 
Hidup sentiasa ceria dan bahagia... 
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan... 
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan... 
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus... 


"Jika kita tidak memiliki apa yang kita sukai, maka sukailah apa yang kita miliki saat ini..." 
InsyaAllah kita akan memperoleh "KEBAHAGIAAN" ^_^



p/s: Terima seadanya... Cintai seadanya... Sayangi seadanya... Rindu seadanya... :-)

Sunday, February 17, 2013

Kisah Puting Kosong....



Si Ayah tengah mengetam kayu di luar rumah (tau tak ketam kayu?kalo tak tau google lah).. Si Mak tengah memasak kat dapur.. Pasangan nih ada sorang anak lelaki.. Umur anak lelaki nih lebih kurang 4 @ 5 tahun camtu dan masih hisap puting kosong.. Puting kosong nih digantung kat leher dia (supaya tak hilang).. Bila Si Anak nampak Si Ayah tinggalkan ketam kayu.. Dia pun pi la main2 ketam kayu tuh.. Si Anak nih tak perasan yang habuk2 kayu tu dah melekat kat puting dia (puting tu dah lama, dah bergetah jadi senang la habuk kayu nak lekat).. Pastu Si Anak pegang la puting nak hisap.. Baru la dia perasan puting dia penuh dengan habuk kayu.. Si Anak pun jerit laa..

Si Anak: Mak!!!! tengok puting nih.. Penuh habuk kayu..
Si Mak: (try nak buang habuk kayu..tapi tak berjaya..malah puting tu tercabut).. Puting dah rosak..Tak yah la hisap puting dah..
Si Anak: hmm..nanti kita pi beli lain na..
Si Ayah: Puting dah rosak.. Tak yah hisap puting dh laa..

Memang niat Si Mak dan Si Ayah nak hentikan tabiat hisap puting Si Anak.. Sebab dia dah besar.. Nak masuk tadika dah.. Tapi Si Anak dan puting kosong tak boleh dipisahkan.. Bila malam, Si Anak menjerit2 nak puting.. Menangis2 tak nak tido.. Lalu Si Ayah pun memujuk..

Si Ayah: Tak pa lah.. Esok pi pekan dengan mak beli puting baru..

Esoknya, Si Mak pun bawak la Si Anak pi pekan nak beli puting baru.. Mula2 masuk kedai pakaian.. Cari2 tak jumpa puting.. (sah2 la takdak sebab kedai pakaian kan)..

Si Anak: Mak, sini takdak puting.. Kita pi kedai lain laa..

Lalu dua beranak ni pun pi la kedai jual barang dapur.. Si Anak terus mencari.. (memang takkan ada disitu)

Si Mak: Ada tak puting??
Si Anak: Takdak pun Mak..

Setengah hari Si Mak menemani Si Anak mencari puting baru.. Semua kedai yang depa masuk memang takdak kena mengena dengan puting kosong.. Lalu Si Mak pun berkata:

Si Mak: Cina yang buat puting tu dah mati.. Takdak orang reti buat puting dah.. Sebab tu takdak jual dah..
Si Anak: Patutlaa..

Lalu, dua beranak ni pun pulang la kerumah.. Sampai di rumah Si Anak pn mengadu la kat Tok Wan dia..

Si Anak: Tok Wan, cina yang buat puting tu dah mati, takdak orang reti buat puting.. Puting takdak jual dah.. Takleh hisap puting dah laa..
Tok Wan: hmm.. Kalo macam tu takyah la hisap puting dah..

Kemudian, jumpa pulak dengan Mak Sedara dia.. Diulangi cerita yang sama seperti yang dia cakap kat Tok Wan dia..

Si Anak: Mak Lang, cina yang buat puting tu dah mati, takdak orang reti buat puting.. Puting takdak jual dah..

Kemudian, bila Si Ayah pulang dari menoreh getah, Si Anak pun cerita la kat ayah dia...

Si Anak: Ayah, cina yang buat puting tu dah mati, takdak orang reti buat puting.. Puting takdak jual dah.. 
Si Ayah: Takyah hisap puting dah laa.. Dah takdak orang jual puting dah.. Sapa nak buat kalo cina tu dah mati..

Sejak hari itu, Si Anak dah tak hisap puting.. Lama2 lupa la pasai puting dia tu..



Cerita di atas adalah kisah Ayah, Mak dan Abang sulung saya.. Diceritakan balik oleh Mak saya.. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan cerita sebenar.. Sebab tak ingat 100% ayat2 mak.. Hehe.. Budak2 kecik mesti ada pelat kan.. Abaikan pelat dia.. Anggap ja dia cakap terus.. Haha.. Seronok bila dengar balik kisah2 lama.. Zaman kecik2.. Masa tu saya pun tak wujud lagi..





p/s: Family is important.. Apa2 pun yang kita buat, utamakan family dulu.. Color your life with beautiful color as you will remember it till the end.. :-)

Saturday, February 16, 2013

1,2,3,4,5,6.....




Satu dua tiga
Masih ingatkah lagi waktu bersama
Berpegangan tangan di depan kotaraya
Saat itu kau belum lagi
Menyatakan padaku tentang isi hati
Ceritakanlah apa yang sebenar

Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Empat lima enam dan tujuh
Masa berlalu laju seperti angin
Kau dan aku masih lagi di sini
Lembut kata dari mulutmu
Membuatkan aku rasa keliru
Menanti jawapan menanti soalan kamu

Aku rasa adalah baiknya
Jika engkau fikirkan dahulu
Bersama denganku
Pasti akan ku terangi
Dirimu dengan cahaya bulan
Dan akan ku gumpal awan
Jadikan hadiah untuk kekasih hatiku

Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Thursday, February 14, 2013

"Dop payah nikoh ni, bende yang mudoh"

Kata-kata Mutiara Ustaz Azhar Idrus


  1. JANGAN pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  2. JANGAN buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  3. JANGAN memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  4. JANGAN sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  5. JANGAN mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih jika tiada niat untuk menikahinya.


  1. Istikharah~bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  2. Perkahwinan paling berkat~yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  3. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belake serba serbi reti.
  4. Haram wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6000 tahun dalam neraka.
  5. Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan yang tak soleh, perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
  6. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh, tapi bukan dalam keadaan khalwat (cth depan mak dia).
 
  1. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  2. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa2 couple lepas.
  3. Yang dah tunang nak bawa tunang jalan2 boleh, tapi bawa mak ayah dia sekali.
  4. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah, merisik dan bertanya, jujur + ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  5. Hukum bercinta sebelum kahwin adalah haram sebab bukan dari sunnah Nabi.
  6. Cinta, Kasih nak bergolok adalah selepas nikah, barulah seronok.




"Rabbii laa tadzarnii..  

" (Ya ALLAH,jangan biarkan aku sendiri) "





p/s: pada pasangan bercinta, andai sudah cukup kewangan nikahlah..itu lebih baik dan bahagia..InsyaAllah..

Wednesday, February 13, 2013

Be U...




Take chances, take A LOT of them..

Because honestly, no matter where you end up

And with whom..

It always ends up just the way it should be.

Your mistakes make you who you are.

You learn and grow with each choice you make.

Everything is worth it.

Say how you feel, always..

BE YOU AND BE OK WITH IT!




p/s: I AM OK!! AND ALWAYS BE OK!!

Friday, February 8, 2013

Love...Learn...Lesson...

KEKASIH SANDARAN..


"Having a partner is a learning session. Here's the deal, its either both of you make it until the end or fail through the journey, your should learn your own lesson."


Bercinta memang senang. Tapi bila antara kita khianat sesama kita, cinta tak akan lagi berkuasa. Sumpah kita akan terkubur. Janji kita akan mati. Rebah terus rebah, ibarat jasad tanpa erti.


Rasanya dah cukup segala doa, usaha, jerih perih air mata kita beri. Kenapa masih dikhianati? Oh, kita lupa tentang doa kita yang termakbul;


"Kalo itu jodohku, dekatkanlah dia. Kalau itu bukan jodohku, jauhkanlah dia"


Patulah jauh, makin jauh.......................