Monday, January 27, 2014

Mesej Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook

Assalamualaikum...

Baru lepas baca cerita nih kat facebook.. Banyak jugak orang yang share di facebook dan blog.. Tak tahu cerita ini cerita benar atau sekadar rekaan... Tapi bacalah untuk dijadikan sebagai tauladan.. Tiada ganti untuk keduanya ( Mak & Ayah).. Sayangilah dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi mereka sejak kita kecil lagi..

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Wednesday, January 22, 2014

2 January 2014

Assalamualaikum...

Sorry lama simpan kat draft.. Terlampau bizi la katakan.. Hehe..

Ni kisah untuk tarikh 2 January 2014.. Selamat Hari Lahir yang ke - ........... (sila isi tempat kosong)..

Masa 2hb takdak apa sangat pun.. Macam biasa pagi2 p keja, pastu balik keja.. Camtu ja laa.. Gila boring idop camnih..

Thank you untuk kawan2 yang wish dekat fb... Semoga doa kalian dikabulkan.. Amin...


 
Wish dari sahabat suka duka.. Apa saja dikongsi bersama.. Wish yang tak agak2.. Harap semua doanya dikabulkan.. Kenapa keja baru dekat Melaka? hahaha.. 



And this from My Lovely Nana


Hadiah? Dah meningkat 'muda' ni.. Mana nak dapat hadiah kan.. Tapi Alhamdulillah.. Ada la jugak hadiah yang dapat...

From my ....... (ofkos bukan pakwe/bf/apatah lg suami kan..haha)

Yang ni pulak dari Sahabat jauh...


Thanks Wasi.. Dah lama kawan dengan dia.. Almost 1 year++ kot.. Setakat nih kawan je laa.. Bukan orang kita kan.. Just good friend.. 

Alhamdulillah.. Bertambah lagi angka umur.. Masih diberi pinjaman nyawa untuk bernafas atas bumi-Nya.. Masih diberi kesempatan untuk bersama Keluarga Tercinta.. Masih diberi kesempatan untuk berbudi kepada Ibu Bapa.. Masih diberi kesempatan untuk menabur bakti kepada masyarakat (cewah!).. Dan untuk segala-gala nikmat yang diberi.. Alhamdulillah..

Moga dengan bertambahnya umur.. Bertambah matanglah pikiranku.. Mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri, kawan2 dan keluarga.. DOAKAN AKU YA! :-)


Page 39

Assalamualaikum....

Semalam bermesej-mesej dengan Cik Izaidah bincang hal rumah.. Pastu dia bagitau..







Extenal hard disk tu dah lama dia simpan.. Simpan la kau.. Aku tak guna pun.. Dia cakap arini ( semalam smpai.. Berkobar2 aku nak balik umah... Semangat nak tau apa yang dia bagi.. Bukan selalu dia nak buat surprise2 nih.. hahaha..

So, sampai umah..





Thanks la sangat.. Seronok dapat hadiah melalui pos laju.. Aku pun laju2 bukak sebab nak baca 'surat' tu.. Cik Izaidah nih rajin tulis surat.. Masa aku kat Matrik Perlis dulu dia kirim surat 10 helai untuk aku baca.. hahaha.. Bukak2.. Ada hd and ....


'Surat' la sangat... choi!!.. Aku pun selak2 la buku tu.. Cari page 39


Ok.. Aku dah baca.. Hahaha.. Perlian yang halus berbisa.. Tapi takpa.. Aku tau dia sayang aku.. Sebab tu dia amik berat hal aku.. *sigh*..

Btw, bab jodoh nih tak tau la nak kata kan.. Nak kata memilih.. Mesti la memilih jugak.. Takkan nak main sauk ja.. Tapi takdak la letak kriteria yang merapu meraban tu.. Biasa2 ja la.. Yang bekerjaya, yang boleh jaga aku (cewah).. Itu ja laa.. Takdak la letak kriteria mesti gaji 10k sebulan, ada merce.. Melampau kau nyah..

Itu semua kerja Dia.. I just follow the flow.. Mungkin belum tiba masa lagi untuk Dia temukan aku dengan lelaki itu.. So, sabar ja.. Takdak rezeki kat situ lagi.. Doakan yang terbaik untuk aku ya..

Lastly, thank you so much my lovely friend.. Moga urusan kita dipermudahkan..  Moga semangat setiakawan ni berpanjangan sampai akhir hayat.. Amin..



Friday, January 17, 2014

Kawan

Assalamuaikum....

Hai kawan2.. Kabare?

Dah lama x update.. Padahal ada ja benda nak tulis kat sini.. Tapi sifat rajin menulis kurang sikit 2,3 menjak nih.. Arini nak membebel pasai KAWAN..

Dalam dunia nih macam2 jenis kawan kita ada kan?? Kawan yang baik.. Kawan yang terlalu baik.. Kawan yang baik melampau.. Semua kawan baik2 belaka.. Macam2 perangai ada.. Untuk aku.. Kawan2 nih penting.. Sebab sangat memerlukan mereka setiap masa.. Kadang2 bila aku anggap seseorang kawan tu terlalu baik.. Means aku boleh cerita macam2, kongsi macam2 so aku tends to story everything to them.. Sebab sifat terlalu percaya.. Dan terlalu confident yang mereka tak kisah apa pun yang aku dok meroyan.. They just listen and ignore.. They just lend me their ears and eyes (if chatting la)..

Tapi aku silap.. Tak semua kawan2 macam tu.. Sebab ada yang akan rasa annoying with all my craps.. Yang rasa "eh pompuan nih apahal.. tak abih2".. Now i just learn my lesson.. Just believe in ur friends yang have same situation with u.. Just meroyan dekat kawan2 yang memang truly understand u in and out.. Yang memang tak kisah.. Yang rasa "kau cerita ja la nyah.. aku tak kisah.. janji kau puas layan perasaan kau".. Yes, i do have friends like this.. They know me in and out.. They willing to hear everything walaupun benda tu merapu gila.. I thanked them a lot.. Next time, i will just only depends on them..

Pilihlah kawan yang boleh terima kamu seadanya.. Tak semua orang akan selesa dengan cara kita.. Dan tak semua orang meluat dengan cara kita.. Pasti ada seseorang yang takkan kisah tentang perangai kita.. So, berbuat baik dengan orang walaupun orang tu tak buat baik pun ngan kita (pengalaman aku).. Sebab in the end, korang takkan ada perasaan tak best..

SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!

Friday, January 3, 2014

1 Januari 2014

Assalamualaikum....

Entry 1 Januari tapi arini br up.. Biasa la perasan busy..
1 January ni takdak la buat apa sangat pun.. Melepak kat umah ja..
Pastu kuar rumah terpandangkan......



Tengok dah banyak buah yang dah masak.. So aku pun gigih la cari tangga, galah semua.. Semangat nih nk kait manggis.. Inilah hasilnya...


Sebenarnya banyak lagi.. Tapi dah distribute ke mereka2 yang pemalas nak kait seniri.. Memandangkan aku lone ranger kat umah.. So amik yang baki sikit2 ja :-(

Pastu rasa bosan melampau aku pun kuar sorang2 g Tesco.. Hajat nk shopping barang2 buat kek.. First time la katakan.. Teruja lebih.. Shopping la barang dapuq sikit2.. Then beli makanan pesanan Mak aku....


Mee Kuah Ketam feveret Mak.. ofkos la beli kat aku sekali kan.. Sedap woih kuah dia.. Mahvelles!! Meh la try kat Junjong.. Hahaha..

So, malam mula la keja mem'baking' kek.. Kesian mixer and oven tu.. Dalam pelastik elok ja lagi..Hasilnya..



Buat seniri makan seniri.. Terbaik!haha

Btw, SELAMAT TAHUN BARU 2014! Azam saya adalah nak meneruskan azam 2013.. :-p