Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya 2014


Assalamualaikum...
 

Diam tak diam dah nak hujung2 posa..
Mesti ramai dah bertolak balik kampung..
Ati2 memandu..
Takyah kelam kabut..
Akan sampai jugak kampung..

Just nak ucapkan..
Selamat Hari Raya untuk semua..
Maafkan segala salah dan silap (kalau ada laa..)
Duet raya jangan lupa plak.. :-)




Thursday, July 17, 2014

Cerita Gajah

Assalamualikum..

Ni nak habaq satu kisah lawak.. Jemput baca..
 

Kisah seorang murid pintar di dalam sebuah kelas..

Guru: murid2.. binatang apa yang bermula dari huruf G ?.. dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab.. Gajah cikgu.. lalu dia dipuji oleh cikgu..

Guru: soalan seterusnya.. binatang apa yang bermula dengan huruf D ? semua murid diam , lalu murid tadi berdiri dan menjawab.."Dua gajah cikgu"... murid2 lain mula ketawa.. cikgu mulai marah..

Guru: awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya.. binatang apa yang bermula dengan huruf M ?Semua murid diam.. lalu budak tadi menjawab lagi.. "Mungkin gajah"...

Guru: awak keluar dan berdiri di pintu.. Soalan terakhir.. binatang apa yang bermula dengann huruf J ? semua murid2 diam.. guru menunggu murid menjawab tapi semua hanya diam.. lalu murid tadi menjawab.. "Jangan-jangan gajah cikgu"..


#KopiPasta 


Arini sedikit sibuk dan kelam kabut.. Sebab tiba2 semua benda nak dalam masa yang singkat.. Pastu jumpak la benda alah nih.. It makes my day.. Hehe..

ENJOY!!

Tuesday, July 8, 2014

Aku dan Polis Trafik

Assalamualikum...

Ni nak cerita kisah Aku dan Polis Trafik..

Satu petang tu, baru balik keja.. Aku nih tahap tak larat paling max dah.. Kat trafik light, bila lampu ijau keta depan hegeh2 sangat geraknya.. Sakit hati kitew tau.. Bila turn aku.. Tiba2 dah lampu merah.. Baru brapa bijik keta ja yang lepas.. So, aku cekalkan ati langgaq ja la lampu merah sebab keta depan pun langgaq jugak..


Tiba2.. ada plak Abang Polis kat depan.. Dengan best dok melambai2 bendera kat aku.. Hampeh betoi..
Terpaksa la berenti kat tepi.. Keta depan tadi pun sama.. Lepas tu terjadi la perbualan ini:

Abg Polis : Mintak lesen.. Tau kan salah kat mana?.. Saya bagi saman..

Aku senyum dalam kepahitan bagi lesen kat dia.. Sambil2 dia dok belek lesen tu aku tengok keta depan tu Abg Polis sorang lagi lepas macam tu ja.. Ini boleh menimbulkan kemarahan.. Pastu Abg Polis tu jengok aku.. Aku cakap..

Aku : Keta depan tak kena saman pun
Abg Polis : Loghat kenapa dengan keta tu?
Aku : Tak aci la dia tak kena saman
Abg Polis : Saya tak boleh saman awak la?
Aku: (sambil mengeluh) Tak pa la.. Saman ja la.. Saya REDHA..
Abg polis: (sambil senyum) Kalo saman rugi apa2 ka?
Aku : Rezeki tu milik Allah (ceee.. tetiba ja ustajah jelmaan..haha)
Abg Polis : Haha.. Ok2.. Ambik balik lesen nih.. Kadang2 kita tak terlepas bila buat salah..
Aku : Mekasih (senyum seindah suria sambil berlalu pergi)

Jadi sekarang.. Beringat la sebelum terkena.. Kalo tak, tak pasai melayang RM 300.. Huhu..

Trip to Kelantan (Part 2)

Hari Ketiga

Sabrina Court nih dekat dengan Pasar Siti Khadijah.. Pagi2 Abg Nuar dah jalan kaki p cari Pasar tu untuk beli sarapan.. Macam2 kuih dia beli.. Rambang mata ler tuu :-p...

Lepas sarapan, kami turun p Pasar Siti Khadijah.. Hajat hati nak memborong 10,20kilo.. Bawak balik Kedah.. Jalan2 kat tingkat atas.. Jumpa gerai2 juai sarapan pagi.. Udang2 besaq gila baq hang.. Sotong pun sama.. Kalo makan mau kena RM 100 ke atas... Gila ah!!.. Terasa nak cuba.. Tapi nasib baik dah kenyang..

Pemandangan dari tingkat 1

Sebenaqnya nak beli keropok sira, keropok lekor dan makanan2 len.. Tapi melencong ke bahagian pakaian.. Bersemadi la duet aku kat situ 100,200.. Hemm.. Tak dapek nak nolong.. Kalo beli jubah kalu.. mau melayang 3,4 ratus.. Abg Nuar dan K.Niza beli tudung untuk Nana..

Pastu turun bawah balik.. Cari la Mokcik2 yang dok menjual segala makanan kering tu.. Beli keropok sira, gula tarik, sos, budu, dan serba mak nenek yang len.. Alhamdulillah rezeki Mokcik tu.. Belanja kami kat situ lebih kurang 300.. Pas siap borong, balik hotel.. Rehat2 sat, mandi dan check out.. Nana ada aktiviti, so tak dapat la jumpak dia..

On the way balik, cari port keropok lekor.. Banyak gila gerai2 kecik sepanjang jalan.. Pilih ja yang mana berkenan kat ati.. Pastu singgah lagi beli nanas yang besaq dan manis.. Singgah makan kenyang2 pastu direct trus balik.. Tak singgah mana2 dah.. Sampai umah dalam kul 10 lebih2 jugak laa..



Kepada Nana....

  1. Belajaq rajin2.. Jangan sia2kan peluang yang ada.. Tak lama pun.. 6 bulan ja..
  2. Jangan selalu sangat dok rindu kat kami disini..
  3. Belajaq berdikari..
  4. Jaga diri kat tempat orang..

Nah, Belanja gambaq Auni ngan Adelia..





Thursday, July 3, 2014

Trip To Kelantan (Part 1)

Assalamualaikum......

Ni nak cerita hal pi Kelantan.. Awai Jun dulu.. Kemain lama lagi simpan entry nih..

Tujuan p sana nak menghantar si Nana (anak abg Nuar).. Dia ditawarkan belajaq KPTM Kota Bharu kos Pra-Diploma Sains.. Jauh benar mintaknya sebab sini ja yang terdekat yang ada kos Pra-Diploma Sains.. Terpaksalah beliau merantau sorang diri.. First time berjauhan dari Mak Ayah dia.. Dah la dia tu satu-satunya anak yang depa ada.. Kesian sangat..

Hari Pertama

Bertolak pagi 2 Jun dari Parit Buntar dalam pukul 10 pg kot.. Masa tu kat sana dah tempah hotel Sri Seroja Inn kat area Wakaf Che Yeh.. Konon2 malam tu nak berjalan puas2 kat Wakaf Che Yeh.. Masa Abg Nuar call dia cakap family room ( 2 katil besar) RM 90/night.. So, ok laa.. Murah.. 


Hotel Sri Seroja Inn
Sampai sana around pukul 3 ptg camtu.. Nak pegi check in laa.. Bila sampai sana dia ckp RM 130/night pulak.. Beza sangat harga.. Abg nuar pun dah tak seronok.. So, kita try calling2 hotel lain2 area sana.. Then dapat Hotel Polyland dan harga RM100/night shj untuk bilik yang sama jenis.. Lepas call trus check in..

Hotel Polyland
Hotel ni ok laa.. Wifi tak berapa nak laju.. Tapi bilik kemas dan selesa.. Ada heater, gelas, air mineral dan kopi 3 in 1.. Hotel pun bersih.. Sangat puas hati.. 

Malam tu kami p ronda2 area Tesco Kota Bharu.. Mengikut surat tawaran, KPTM ni terletak dekat area Tesco Kota Bharu.. Bila sampai, sembang2 dengan pekerja KPTM tu.. Then, dia cakap course Nana bukan kat situ.. Dekat Pekan nu haa.. Hostel lain.. Tapi daftar dekat situ dan depa akan bawak p tempat yang dia nak belajaq tu.. Malam tu singgah makan kat kedai yang nampak sangat gah dari tepi jalan.. Tapi, makanan tak best.. Sayangnya.. Pastu Abg Nuar dan Kak Niza balik hotel.. Aku, Nana dan Pina jalan2 di sekitar Wakaf Che Yeh.. Sangat meriah sebab ramai orang.. Tak beli apa pun.. Saja jalan2 bagi pecah peluh.. Heheh :-).. Pas2 dah penat nak balik hotel.. Cari hotel tak jumpak.. Sadis sangat.. Siap guna waze kot nak cari jalan balik hotel.. Hampeh..Setengah jam melilau cari hotel.. Akhirnya jumpa jugak pintu hotel di keriuhan peniaga2 tersebut.. Kami sewa hotel tu untuk satu malam saja sebab satu malam lagi nak p dok area Kota Bharu plak.. Survey dalam booking.com tengok Sabrina Court macam menarik.. Booking Sabrina Court untuk malam esok..

Hari Kedua

 Pagi2, Aku dengan Abg Nuar turun p market.. Beli sarapan.. Macam2 ada habaq hang.. Ghasa nak beli semua.. Tapi tau dah.. Nanti tak makan.. Beli benda yang nak makan ja pastu balik makan kat bilik.. Dah kenyang terus kemas2 barang nak check out dan bertolak untuk pendaftaran Nana.. Sampai sana orang tak ramai pun.. Depa cakap batch untuk Pra-Dip lebih kurang 40-50 orang ja.. Lepas daftar Nana, depa bawak p tempat yang dia nak blajaq nu.. Kat pekan sana.. Lupa nama tempat..

Pastu daftarkan Nana masuk hostel.. Dapat bilik tak best.. Lepas Ayah rumate Nana kawtim dengan Pengurus/pengarah asrama, dapatla depa tukaq p bilik yang lebih selesa sikit.. Dah siap tolong Nana kemas barang, kami pun bertolak p check in kat Sabrina Court.. Nana pun ikut sekali.. Lepas check in tidoq2 sat.. Pastu p Tesco balik.. Cari barang2 keperluan Nana yang tak cukup.. Then, p makan dan hantaq Nana balik hostel sebab malam tu depa ada sesi ice-breaking.. Tinggallah dia di asrama....


Nana dengan mak dia di pekan Kota Bharu.. Bawah pokok kurma yang dah berbuah..




...................................................................CONTINUE................................................................