Tuesday, August 12, 2014

Kawan Dan Lawan

Assalamualaikum...

Pe kabar U olls?? Sihat kot arini kan.. Harap2 sihat untuk arini, esok dan hari2 yang seterusnya.. Arini nak bercerita tentang kisah yang berlaku disini.. Not much just I got something to learn from it..

Di sini Si A kawan baik dengan Si B.. Sebab depa keja disini dah lama n banyak jugak suka duka dikongsi bersama.. Tapi sebaik mana pun kawan2 ataupun rakan sekerja.. Perasaan tak puas hati tu tetap ada.. Even walaupun itu hanyalah perkara kecik dan sekecik2nya..

Si A lebih muda, tegas dan semua orang akan dengaq cakap dia.. Sebab apa.. Tak tau lah.. Aku pun dengaq cakap dia.. Tak berani melawan pun walaupun jawatan aku lagi besaq dari dia disini.. Tapi dia lebih 'senior' sebab dia dah keja lama disini dan bos pun memang akan dengaq cakap dia.. Si B pulak beza dalam 3,4 tahun dengan Si A.. Kerja sini lagi lama dari Si B.. Tapi bukan seorang yang suka kepoh2, mengadu kat bos segala..

One day Si A dapat offer keja yang lagi bagus tapi gaji sama.. Aku cakap peluang jangan lepaskan.. Better pegi la n tempat tu lagi besaq so boleh belajaq benda baru dan dapat naik pangkat.. Dia setuju nak p.. Tapi dah nama anak kesayangan bos.. Sah2 la bos takmau lepaskan.. Siap offer gaji 3k semata2 nak dia stay disini.. Bila bos tanya.. Apa masalah nak resign.. Dia cakap:

" Semua sebab Si B.. Si B selalu takmau buat keja.. Main game saja.. Selalu buat kerja orang tertangguh.. Tak boleh kerjasama.. Tak percaya you boleh tanya Zarina (dah aku plak terlibat sepa)"

Bos cakap bos baru nak naikkan gaji depa sebab DEPA BUSY, BANYAK KERJA.. (depa ja bz, banyak keja..huh!).. Dia cakap:

" Buat apa naikkan gaji dia?? Dia tak buat kerja pun.. Main game saja banyak"

Bila situasi ni berlaku.. Aku jadi tak seronok laa.. Memang la aku pun tak suka Si B asyik main game saja.. Tapi tak payah la nak mengadu kat bos macam tu.. Sebab kau nak berenti sebab salah Si B.. So kau nak bos pecat Si B ka? Macam tu.. Apakejahat sangat.. Kau nak berenti, berenti la cara yang hensem, cantik, lawa..

Mula2 Si A cakap dia nak terima offer tu sebab nak belajar tempat baru, muda lagi so nak kaut experience banyak2.. Aku pun sokong laa.. Lagipun kerja ni yang cari dia.. Bukan dia yang cari kerja tu.. Ni dah lain.. Aci men tikam belakang.. Hangpa meja sebelah2 ja kot.. Bila dah jadi macam nih.. Tak seronok.. Macam mana nak kerja?? Ka saja tu ayat kau supaya dapat gaji lagi tinggi?? Biaq kau sorang ja naik gaji.. Orang lain naik sikit sudah.. Cenggitu ka??

Sekarang aku pun kena EXTRA CAREFUL.. Why la aku kena jumpa orang macam ni.. Scary ok.. Sekarang aku pun rasa nak blah cepat2 dari sini.. Sapa2 ada kerja kosong.. Ambik aku pelis!!!

Moral of the story.. Even kau baik gila babeng ngan kawan2 sekerja.. Do not trust so much.. Jangan rasa semua orang dengaq cakap kita.. Kita dah besaq.. Kita dah jadi mata, telinga, kaki, tangan bos.. Tapi diluar kesedaran diri.. Ramai yang mencemuh kita.. Boleh ka idup bahagia?? Bukan senang nak mintak maaf kat semua orang nanti.. Terbang jangan terlalu tinggi hingga lupa darat yang selalu dipijak.. Nanti jatuh melayang sakit mula nak salahkan darat yang tak buat apa2 tu.. 

Tu saja bebelan untuk arini.. Jumpa lagi di lain masa.. Adios!



Friday, August 1, 2014

Bila Nak Kawin???

Suatu petang raya.

Si gadis menghampiri ibunya di laman rumah. Ibunya tengah mencekik ketupat.

Si gadis: "Mak, saya dah umur 33 tahun ni. Tak kahwin-kahwin lagi."

Mak: "Rilek."

Si gadis: "Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired."

Mak: "Rilek."

Si gadis: "Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 25, orang asyik tanya, 'BILA NAK KAHWIN?'

Sekarang, orang duk tanya dengan penambahan kata di depan,

'PASAI PA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'
Sedih."

Mak: "Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"

Si gadis: "Ya, mak."
 
Mak: "Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus berbuah hari ini?"

Si gadis: "Tak boleh."

Mak: "Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."

Si gadis menitiskan air mata. Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.

Ibunya mencapai tangan si gadis.

Mak: "Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti ada."

Si gadis: "Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat bersama pasangan di Syurga."

Mak: "Siapa yang ciptakan suami di dunia?"

Si gadis: "Allah."

Mak: "Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?"

Si gadis: "Allah."

Mak: "Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."
Si gadis: "Kata-kata siapa itu, mak?"

Mak: "Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,

'..Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta..”
Maksudnya, kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.

Apa yang mustahil bagi Allah? Tidak ada!"

Si gadis mengelap air matanya.

Si gadis: "Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih. Demand."

Mak: "Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.

Ingat apa Allah kata,
“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).

Single ke, kahwin ke, tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak, tak guna gak.
Jadilah full-time muslimah.

'Fasobrun Jamiiil'. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.

Jangan bersedih. Wat lek wat biskut.

Bak mai kat mak satu balang lagi karipap mini tu."

Si gadis tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata maknya itu. Sambil menghulurkan empat balang penuh biskut dan kuih muih raya pada ibunya.

Mak: "Ambuihhh...jangan obesitikan mak. Susah nak monopod selpi nanti. Kena letak kamera kat atas nak bagi nampak slim lak."

Si gadis terpele'ot teruih





Credit Story to Muhammad Rusydi