Wednesday, November 23, 2016

Melaka, Port Dickson, Putrajaya, KL - Part 2

Assalamualaikum...

Kena bersambung lagi sebab ada orang kepochi..hahaha

Lost la plak..kat mana ntah kita aritu..
Ok..sambung hari kedua..


Hari Kedua 11/11/2016

Pagi2 kami keluar breakfast nasi ayam..kau ada breakfast nasi ayam?? :-p
Abg Nuar kata nasi ayam tu popular..
Memang popular pun sebab ramai gila manusia dan ramai jugak yang order untuk catering..
Tapi mohon maaf sebab lupa nama kedai..
Dari Qish hotel tu jalan kaki ja lalu balai polis bantuan.. Haa kedai tu sebelah ja balai polis tu ja laa..
Kami order nasik ayam special..Tak sangka ayam banyak gila..Tak abih pun..Derma kat sesapa yang ada tank besaq tu.."krik krik"

Lepas sarapan balik hotel untuk mandi dan berkemas sebelum check out..
Lepas check out balik p Tamingsari sebab budak2 2 orang tu nak naik..
Bagi depa 2 ja la naik memandangkan tiket dah mahai nak mampus..
Kami orang2 dewasa merenung diluar jendela ja laaaaa...
Pastu aktiviti seterusnya p naik River Cruise..
Ramai kanak2 sekolah kecik2..Kemain handphone besaq memasing..
Takdak pun yang usung hp biasa..Kaya kanak2 sekarang..
River Cruise tu amik masa dalam 45 minit kot..
Berselpiaq dalam boat.. :-)





Lepas turun boat, selpiaq plak kat i@sungaimelaka tu..

  
Tak nampak la plak tulisan belakang tu..haish
Lepas turun River Cruise kami jalan2 cuci mata, cuci poket kat area kedai2 depan muzium kapai tu..
Ok laa..kedai situ harga boleh tahan murah jugak..
Sesuai beli baju2 untuk cenderahati sebab selai RM 10.00 jaa..
Then, kami trus bertolak p Port Dickson..
Perjalanan lebih kurang 1 jam macam tu..
Guna waze ja cari Puteri Beach Resort, PD..

Sampai PD, hangat kemain laa.. Berpeluh2 kami..
Dalam surat check in pukul 2pm.. Kami sampai lebih kurang kul 1pm kot..
Dekat kaunter, orang tu cakap check in pukul 3pm.. So, ok la..tunggu kejap..
Lepak2 dekat area kolam renang..
Orang ramai.. dari agensi kerajaan..mungkin ada event apa2..
Puteri Beach Resort, PD

Kul 3 kami p kaunter, dia cakap bilik tak siap lagi.. hoih! Hangin tau...dah la panas..kena tunggu lama lak tu..
3.15pm..kami p tanya lagi..tak siap lagi katanya..Geram punya pasai, kami tunggu betoi2 depan kaunter..
3.30pm akhirnya dia bagi bilik..tapi bagi bilik lain sebab bilik kami still tak siap kemas lagi.. 
Takpa la bilik memana pun..janji dapat bilik sudah..


Kami book rumah peranginan apartment 3 bilik melalui SBBPH online (untuk kakitangan kerajaan sahaja)..
Dapat murah laa..RM 150.00/malam.. Kalo tengok harga kat Agoda / booking.com lebih kurang RM 500.00++/malam..
Orang2 gomen...jangan lepaskan peluang menginap di rumah2 peranginan..murah plak tu...
Rumah cantik, kemas, ada aircond setiap bilik, lengkap dengan segala facility..puas hati laa..
 


Lepas depa rehat2, makan , mandi and buat apa yang patut kami keluaq p cari laundry..
Jumpak laundry kat mana2 ntah..sambil2 laundry masuk supermarket cari jajan..
Dok cari2 kedai "Mari Makan".. Tapi tak jumpak2 pun..masuk celah tokong mana ntah..
Dah 2 3 kali pusing, baru perasan..kedai tu sebelah tokong cina tu ja..hahaha..
Tapi sayang...hari tu kedai tu tutup..
 
Mari Makan credit to TravelJE

Next plan p Sri Mesra Ikan Bakaq


Makanan goreng2 takdak, jadi semua order makanan lain..Taktau la nak kata Ok ka tak sebab rasa biasa ja
Kalo makan seafood tu mungkin la boleh komen lebih2..
Lepas makan semua balik apartment.. rehat2 dan tdoq..
Bilik anak2 sedara aku aircond tak berfungsi, so depa berkampung dalam bilik kami..usung abih tilam masuk..


Kos untuk hari kedua
1. Minyak keta = RM 43.00
2. Breakfast Nasi Ayam = RM 20.00
3. Tamingsari  = RM 17.00 x 2 = RM 34.00
4. River Cruise = RM 15.90 x 2 = RM 31.80
5. T-Shirt beli untuk pendi = RM 20.00
6. Putri Beach Resort RM 150.00/ mlm  = RM 50.00
7. Laundry = RM 10.00
8. Makan Malam = RM 50.00

TOTAL BURN = RM 258.80

p/s: Masa check in kat Puteri Beach Resort tu deposit kena bayaq RM 100.00.. Rugi tak mandi swimming pool kat Puteri beach resort tu..ni semua Izaidah punya pasai.. Dia takmau teman aku mandi!.. Jumapk entry seterusnya..Adios!

Tuesday, November 15, 2016

Melaka, Port Dickson, Putrajaya, KL - Part 1

Assalamualaikum....

Selamat bekerja u olls..
Aku pun kerja jugak arini.. Kalo tak keja sapa nak bagi makan lak kan..
Arini nak ceta pasai percuti yang dirancang sejak 3,4,5 bulan sebelum pi..
Kami ber6 (aku, izaidah, abg nuar, kak niza, nana n pina)..
Entry ni bukan nak ceta ala2 cuti bajet.. bajet takdak..cuti jaa.

Hari Pertama 10/11/2016

Kami bertolak dari Parit Buntar lebih kurang 3.30am
Berenti rehat kat rnr sungai buloh lebih kurang kul 6.30am..sarapan pa suma siap..
Then, trus p Putrajaya nak pick up Izaidah.
Sampai kat dia lebih kurang kul 8.30am camtu..
Lepas tu trus menghala Melaka..
Kami sampai Melaka pagi jugak la dalam pukul 10.00am macam tu..
Teringin plak nak minum coconut shake batu berendam tu..
Berenti la situ minum2 coconut shake.. Aku tak minat sangat kat klebang tu.. Lebih suka kat sini..

 
credit fb coconut shake batu berendam



Then, jalan2 sambil shopping sikit dan makan tengahari area Taming Sari tu..
Pastu trus gerak p hotel.. Aku book Qish Hotel kat booking.com..
Lepas check in, rehat2 sat..Petang tu kuaq cari makan..
Kami jalan2 p Pantai Klebang.. Jalan2 amik gambaq, makan otak2..
Usya2 bustel?bus hotel?..Macam tak strategik sebab sunyi dan takdak orang..
Ingat nak naik Taming sari / Cruise.. Tapi malangnya sebab cuaca tak elok dua2 kena hold..
Jadi malam tu takdak la aktiviti apa2..

 Kos untuk hari pertama
1. Minyak keta = RM 30.00
2. Tol Taiping - Putrajaya = RM 40.00
3. Tol Putrajaya - Melaka = RM 17.40
4. Breakfast RNR Sg Buloh = RM 15.00
5. Coconut Shake Batu Berendam = RM 21.90
6. Souvenier di Menara Tamingsari = RM 95.00
7. Qish Hotel (Triple room) = RM 90.00 ( RM 88 hotel, RM 2 heritage caj)
8. Makan Malam = RM 20.00

TOTAL BURN = RM 329.30



p/s: sekarang banyak benda dah naik harga.. kat Melaka pun kemain mahai dah barang.. pandai2 la bajet nak idop camna.. tapi sebab banyak tempat dah p, jadi tak banyak aktiviti boleh buat sangat.. nanti sambung entry hari kedua.. adios!