Thursday, January 5, 2017

Melaka, Port Dickson, Putrajaya, KL - Part Last!Yeay!

Assalamualaikum...

Memaksakan diri abihkan jugak..
Tak menahan dah nak abihkan part nih..hahaha
Nanti penyakit malas mai, mau hujung tahun depan baru setel..

Hari Keempat 13/11/2016

Semalam aku dah warning semua orang pagi ni kena bangun awai sebab nak p breakfast tempat famous amous..
Nama kedai nak breakfast tu Warung Bunian..cer google..mesti ada punya..
Warung ni memang famous la untuk breakfast, so kena mai awai..nanti kena beratuq tunggu turn meja..
Tau knapa nama Warung Bunian? Sebab memang kedai dia sorang2 kat hutan tu..

Alhamdulillah kami sampai tu tunggu sat ja trus dapat meja kosong.
Makanan yang ada nasik lemak pataya & nasik lemak teloq mata, roti canai dan air2 biasa laa..


menu berlainan..sambal pedaih gila noks..
Makanan sedap, harga pun murah la kalo nak diikutkan cara2 idup di kotaraya..
Lepas menternak lemak, ada keinginan nak memecahkan kembali lemak2 yang sedia ada nih..
Kami teruskan destinasi p Taman Botani Putrajaya.


Map Taman Botani Putrajaya.

Best taman ni..Boleh jalan2, boleh sewa basikal.. Ada taman dan ada tasek jugak..

Budak2 2 ketoi ni saja2 nak amik gambaq kat platform tu..
Pijak ja platform pakat2 menjerit sebab tak stabil..

Anak2 sedara kesayangan - Nana dan Pina
Dalam tu ada macam2 jenis tanaman seluruh dunia..
Larat ngan tak larat ja nak menapak..
Ramai manusia beriadah ngan family, exercise pun ada..
Kami jalan2 seluruh taman tu.. Naik bukit, turun bukit.. Pusing 1 taman, jalan2 tepi1 tasik..
Dah cakap ngan Izaidah, nanti nak mai lagi.. :-)

Jumpak sesuatu yang menarik:


Nama beliau ialah POKOK KULIM..hai orang kulim.. :-)

Lepas beramah mesra dengan Pokok Kulim, kami pun beransur pulang.. Sebab dah tengahari, panaih lit lit..
Balik rumah, kemas dan mandi siap2..
Dalam kul 12pm kami checkout dan antaq Izaidah balik sebab dia nak p Melaka (kot).. Ada event kat sana..
Dalam google jumpak tempat lunch yang famous jugak
Nama dia "Restoran Mat Ayam Kampung".. Makanan kampung, sedap dan macam2 pilihan ada..
Sorry tak amik gambaq sebab lapaq..Hahaha

Mula2 ingat nak balik terus ja..
Tiba2 Nana & Pina kata nak p KLCC..
Teringin nak jejakkan kaki katanya..
Aku ni dah la memang tak penah tau jalan2 kat KL.. Apatah lagi nak p KLCC..
Kami waze ja la.. Waze "KLCC Car Park".. Haa..senang.. Masuk car park truih..

Tak boleh tahan jalan dalam KL.. Nasib baik bukan aku yang drive.. Jem sana, jem sini.. Tiba2 kuaq jalan sehala plak.. haish..
Akhirnya, dapat jugak jejakkan kaki KLCC..
Kalo tanya aku, aku rasa takdak apa pun.. Boleh jalan2 ja la.. Nak shopping memang tak la walaupun beli ayaq mineral..
Kami kuaq p tempat2 orang dok melepak amik gambaq..
Biaq depa bergambaq puas2..

Gambaq tuan blog mesti la kena ada kan... :-)



Taktau pesen sapa suka amik gambaq dari kejauhan...

Lepas dah puas hati, kami gerak balik Parit Buntaq...
Malam pun makan KFC ja..
Sampai parit buntaq dalam kul 9mlm camtu..
Pastu Ayah ngan Abg Andi amik kami balik Junjong...
Esoknya kejaaaaaa... :-(

Macam tu la berakhirnya percutian yang kelam kabut..
Best sebab kawan baik sudi join family bercuti bersama..
Penat sebab pack.. Nasib baik bukan aku yang drive..

Kos untuk hari keempat
1. Breakfast Warung Bunian = RM 26.00
2. Lunch Restoran Mat Ayam Kampung = RM 14.00
3. Dinner KFC = RM 30.00


TOTAL BURN = RM 70.00

p/s: Kos2 kat atas dan entry2 sebelumnya ada untuk perbelanjaan Aku dan Pina (sebab Pina bawah jagaan Aku) dan jugak kadang2 Aku belanja depa2 makan.. Bukan kos untuk seorang.. Tengok boleh, nak jadikan benchmark tak boleh.. :-)


Tuesday, January 3, 2017

Happy New Year 2017

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah masuk tahun baru kita..
Happy New Year untuk semua reader and silent reader...


Tahun 2016 dah berlalu dengan macam2 kenangan..
Ada pahit, ada manis..Ada masam, ada masin..
Semua pun dah jadi kenangan dah..

Apa2 pun tahun ni berharap moga lebih baik dari tahun2 lepas..
Azam?
Tak wujud kot azam.. Tak tau benda apa yang nak diazamkan..

Kepada kawan2 yang masih menunggu rezeki zuriat, moga tahun ni ada rezeki lebih untuk hangpa2 semua..
Kepada kawan2 yang masih menunggu rezeki kerja, moga ada rezeki baru buat hangpa..
Kepada kawan2 yang masih struggle dalam kehidupan, moga tahun ni lebih selesa dan senang..

Dan lastly,

Kepada kawan2 (dan aku) yang masih menuggu jodoh, moga ada jodoh untuk kita tahun nih..InsyaAllah..
Apa2 sahaja boleh berlaku dengan kehendak-Nya..

Harap2 jugak tahun ni boleh p melancong merata2 tempat.. InsyaAllah jugak..
Teringin nak p pantai, pulau best.. Moga ada rezeki lebih tahun nih..

i'm still searching that arms, that eyes and that heart..:-)


p/s: Selamat bercuti untuk sapa2 yang amik cuti panjang tu.. Kata nak p jalan2 pulau kan? Pulau Gaya ka? hahaha

Selamat Hari Lahir Sayang....

Assalamualaikum......





Selamat hari lahir Sayang... Untuk diri sendiri..Hahaha
Ofkos la kita sayang diri sendiri kan.. Orang bongok ja benci diri sendiri... :p

Tahun ni rasanya sama ja dengan tahun2 sebelumnya.. Memang takda apa2 sambutan..
Cuma ucapan dari keluarga dan kawan2 tersayang..


Terima kasih untuk seluruh keluarga aku.. Tak pernah tinggaikan aku walau seburuk mana keadaan aku..
Sentiasa bagi semangat masa aku di tahap paling bawah sekali.. Tapi depa tak penah bagi kek kat aku pun..hmm

Izaidah Ismail... Sampai aku lupa nama dia sebenaqnya ada "Siti"... Kawan susah senang, gembira sedih, jatuh bangun, berlari berjalan..semua laaa..
Terima kasih atas segalanya.. Aku harap kami kawan sampai mati..
Aku dah pesan kat izaidah suruh dia beli rumah.. Sebab aku nak tumpang rumah dia... :-)


Bit.. Kawan terbaik USM.. Merangkap rumate aku jugak..
Kalo tak sebab Bit, mungkin aku dok repeat paper lagi apa kat USM sana..
Idup tak senang kat sna.. Bit la yang selalu bagi semangat untuk study.. Study sama..
Bit budak pandai.. kat UK sekarang ni sambung PHD
Untuk Bit, moga berjaya dapat PHD dengan cemerlang, dan dikurniakan zuriat yang dinanti2kan..

Asma... Pompuan ni kawan dari SMK Sultan Badlishah (sama izaidah gak).. Boleh tahan tahap mereng dia..
Dia la tempat aku menumpang masa aku keja kat Shah Alam dulu.. Sorang2 bawak diri..
Menumpang rumah, menumpang keta dia balik Kedah... Rindu kenangan dulu..
Terima kasih Asma jaga aku masa kat sana..
Asma kenal suami dia 3 bulan terus tunang dan nikah..
Dah 2 orang anak dah sekarang walaupun dulu dia paling tak suka budak2..
How time flies..

Aswar @ Aswaq... Sama cam asma jugak.. Kawan dr SMK Sultan Badlishah..
Anak manja.. Sebab 2 bradik ja.. Now dah ada suami.. Hope lebih bahagia..
Kepada Aswar, Moga dimurahkan rezeki zuriat yang ditunggu2..

Jannah.. Kawan USM jugak.. Minah ni minah rempit sampai sekarang.. Haha
Dulu kalo ada training mesti mai celah tingkap bilik aku mintak air dan makanan..
Sekarang dah hidup bagus.. Boleh melancong sana sini.. Alhamdulillah..
Walaupun kehidupan sangat tough sebelum2 nih..

Lida.. Kawan Bad jugak.. Jarang2 contact tapi selalu jugak tanya kabar berita..
Dan berjanji banyak kali nak p rumah dia.. Tapi tak sampai2 lagi..
InsyaAllah nanti aku sampai umah hang..
Dulu kasih sayang dia melimpah ruah sangat2 sebab takdak sapa nak share..
La dah ada suami.. Untunglahh..haha
Lida, Moga dimurahkan rezeki untuk zuriat.. InsyaAllah ada..

Ada lagi ucapan2 lain.. Yang special pun ada.. Tapi tu simpanan untuk diri sendiri :-)

Terima kasih semua.. I mean SEMUA.. 
Aku hargai semua ucapan kalian.. From the bottom of my heart.. I treasure all of it a lot!..





p/s: Izaidah cuti lama2 nak p mana tu? :-p