Monday, April 26, 2010

CiNtA, SuKa DaN SaYanG

Dihadapan orang yang kamu cintai..
Musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah.
Dihadapan orang yang kamu sukai..
Musim dingin tetap saja musim dingin,hanya suasananya lebih indah sedikit.


Dihadapan orang yang kamu cintai..
Jantungmu tiba-tiba berdebar lebih cepat.
Dihadapan orang yang kamu sukai..
Kamu hanya merasa senang dan gembira saja.


Dihadapan orang yang kamu cintai..
Kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam.
Dihadapan orang yang kamu sukai..
Kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja.


Apabila kamu melihat kepada mata orang yang kamu cintai..
Matamu berkaca-kaca.
Apabila kamu melihat kepada mata orang yang kamu sukai..
Kamu hanya tersenyum sahaja..


Jika orang yang kamu cintai menangis, kamu pun akan turut menangis disisinya
Jika orang yang kamu sukai menangis, kamu hanya menghiburkan hatinya sahaja.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, 
Cukuplah dengan menutup telingga,
Tapi apabila kamu mencuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, 
Cinta itu berubah menjadi titisan air mata 
Dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta… 
ada perasaan yang lebih mendalam, iaitu rasa sayang
Perasaan yang tidak hilang secepat rasa cinta
Perasaan yang tidak mudah berubah
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi
Perasaan mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi
Cinta ingin memiliki
Tetapi sayang hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia
Walaupun kamu harus kehilangannya



Untuk seseorang yang sedang jatuh cinta….......

No comments: