Monday, May 9, 2011

Mak...

Salam all readers,

Arini baru sempat nk pos special 2 my MAK...

Mak.....
Selamat Hari Ibu..
Moga Mak sentiasa sihat..
Moga Mak sentiasa ceria..
Moga Mak x jemu melayan adik..

Mak......
Sehingga hari ini..
Adik masih belum dapat menunaikan impian Mak..
Adik mintak maaf banyak2...
Adik x dapat berikan apa yang Mak impikan..
Tapi InsyaAllah...
Suatu hari..semua itu akan termakbul..

Mak...
Terima kasih byk2..
Sebab sudi membesarkan adik..
Sebab sudi abiskan duet utk adik..
Sebab sudi tunaikan apa ja permintaan adik..
Sebab sudi masakkan makanan sedap2 utk adik..
Sebab sudi bekalkan makanan bila adik nk blk sini..

Mak...
Adik mintak maaf byk2..
Sebab selalu berkasar bahasa..
Halalkan mkn minum, air susu, ilmu yg Mak bagi..
Doakan kejayaan anak Mak ni tau..
Adik berdoa untuk Mak & Ayah

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar 
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

I LOVE U SOOOOO MUCH MAK!!

p/s: SELAMAT ARI IBU utk kakak2 ipar saya, utk mak2 sedara saya, utk kawan2 saya yg dh bergelar ibu.. Hargailah ibu anda sementara masih berkesempatan..

No comments: