Siapa sekarang sudah bekerja? ofcos la bila habis ja setadi mesti nk keja kan? melainkan la bapak ko kaya raya dan beliau boleh sara ko sampai ko mati kan? kalo ko pompuan lak..tetiba ada lelaki kaya raya masuk minang..so ko xyah keja la kan?huh
ok2..sekarang saya dah bekerja berdekatan kampung halaman..macam sirih pulang ke gagang ler..keja OK!even responsibility tu agak berat la kan..tapi setakat in kerjasama yang diberikan bagus..saya takdak masalah..
meh nk setori.............................
KILANG CINA
Kilang ni totally 100% cina punya..bos2 semua cina..sebelum2 ni dengar member yang keja dengan cina2 macam susah ja..tak boleh balik awai..susah nak berkolaborasi (betoi ka eja?)..tapi kat sini..semua OK!kilang kecik kot..pastu dia punya accountant, clerk memang very the good lah!balik?kul 5.58pm saya and mereka2 dah tercegat kat parking..bagus tak?haha..operator kebanyakkan melayu laa..senang la kan?PEKERJA2
Pekerja tak ramai..ada dalam 50++ kot..dalam semua-semua tu..tersesat la 3 manusia pompuan..mereka2 adalah accountant, clerk and tentulah saya kan?haha..eh lupa..auntie cleaner..tp auntie cleaner hari2 half day jer..dalam opis lak ada sorang draughtman dan sorang project engineer..agak janggal bila saya sorang diri turun production untuk cek panel..tapi keselamatan terjamin..hehe
TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab agak besar disini..jaga kompeni (jaga la sangat kan?), jaga production (memang jaga na), jaga kualiti barang (wajib!), research and development (dalam bahasa melayu apa ek?)..so, kebanyakkan ala2 pak guard gitu..jaga dan menjaga..paling banyak pahit dan manis ofcos la customer complaint kan?bukan senang nak bertekak, carut marut (xdak pun) ngan customer..haha
GAJI
Oppsssss..biarlah saya dan mereka2 sahaja yang tau..hehe
Zarina, kenapa ceta keja2 ko nih? bangga ek?
Oh S***!..no!no!no!..kesimpulannya disini..saya nak bagitau yang tidak semestinya pompuan tak boleh buat keja lelaki..memang la pompuan itu terkenal dengan tagline 'INSAN YANG LEMAH'..tapi tak semestinya lemah sampai tak boleh buat apa2 kan?..dan tak semestinya kita (pompuan) tak boleh berkerja di kalangan lelaki..di situ (tempat keja), saya satu2nya manusia bergelar perempuan berlegar2 dalam kilang (mcm hantu lak kan??) nak check production..bagus tau jadi pekerja pompuan yang bekerja di kalangan lelaki..contohnya............
Situasi 1: Nak buat testing untuk product baru
Pompuan : Abg, saya nk test panel nih..tapi saiz besar sangat la,,berat lak 2..
Abg Kilang: Ok2 takpe ina, ina nak saiz camna? abg boleh potongkan..
See..cakap jer..suma orang nak tolong..hahaha
Situasi 2: Memerlukan ramai orang untuk buat kerja
Pompuan: saya nak 2,3 orang la untuk kemas sini dan pindah barang2 ni masuk stor.
Mereka: Ok..
Yang datang 7,8 orang..see..cepat dan mudah keja kan??
Pompuan: Panel ni tak lepas, ada void sini, pastu plastic nih takleh macam nih..
Mereka: Ok2..kami repair sekarang..kat mana lagi nak kena repair ina?ina bagitau..kami buat..
See..senang kan...haha..
Ok dah..dan disini jugak bukan nak tunjukkan yang saya mengambil kesempatan atau apa2..tapi memang itu kerja mereka dan kerja saya memerlukan khidmat mereka..so, pompuan2 di luar sana yang amik engineering..belaja2 la sungguh2..tapi bukan teori dan praktikal saja..belajar juga etika2 kerja..bukan senang pompuan2 nak ceburi engineering..tp kita mesti boleh..sebab??MALAYSIA BOLEH!!!hehehe
sekian!
No comments:
Post a Comment