Wednesday, June 26, 2013

Auntie Cleaner...

Assalamualaikum semua.... :-)

Pe kabar u olls?? Sekarang kan jerebu.. Jaga kesihatan sendiri ye.. Tapi jerebu kat penang (tempat keja) dan kedah (umah) dah berkurang.. Hujan lebat petang semalam.. Alhamdulillah.. Bumi kedah dah cerah kembali..

Arini nak ceta pasai auntie cleaner.. Auntie cleaner sini indian.. Umo lebih kurang 50++ laa..
Pagi nih masa aku kat pantry, auntie nih datang.. Dia bawak maggi kari cintan dan telur ayam sebijik.. Dia ckp "amoi, boleh ka tolong masak ini megi dengan itu (tunjuk microwave)".. So, aku cakap boleh ja.. Aku pun masakkan lah megi kasi auntie tu.. Pagi2 sarapan megi dah..

Ni ha megi tu...

Tiba2 rasa kesian kat auntie nih.. Ada dua orang amoi cina sini (kerani and admin) suka sangat marah2 auntie nih, suruh buat itu ini.. Sampai kan lap meja sendiri pun jerit2 panggil auntie.. Kau dah kenapa kan? Aku nih boleh ja lap meja sendiri.. Takde nak bising2 pun.. Memang la auntie tu cleaner, kerja dia..tp considerate la sikit kan.. Dia dah berumur.. Baya2 mak / mak mertua kau.. Sampai hati kau marah2 camtu.. Dia bukan malas, tapi dia penat sikit.. Mintak tolong la elok2 kan.. Kau tu pemalas nak bising2 kat orang..

Kadang2 kalo auntie tak datang keja mesti aku tanya dia:

"Auntie, kenapa tak datang keja semalam?"

"Badan sakit2, demam, lutut sakit jugak"

Kesian kan.. Orang dah tua.. Yang amoi dua orang nih dok cakap auntie malas.. Sakit hati kiter tau..

Kadang2 balik kerja nampak la auntie nih jalan kaki nak balik umah dia.. Kalo aku balik jalan kampung aku tumpangkan la auntie nih sampai umah dia.. Kesian tengok orang tua jalan kaki balik umah..

Cubalah hormat orang tua.. Satu hari nanti pun kita akan tua jugak.. Layanlah orang tu macam kita layan mak ayah kita walaupun dia pekerja.. Tak payah la nak bezakan taraf kau.. Apa hebat sangatkah kerja kerani tu??.. Sok2 kau dah tua takdek pun beza kerani and cleaner.. Kesedaran diri itu penting.

Kat sini hujan la plak.. Mood melayang gi mana ntah.. Nak gi cari mood balik.. Banyak keja nih.. Jumpa lagi nanti.. Adios! (^_^)




p/s: Gembirakanlah orang lain.. InsyaAllah kau akan gembira jugak :-)

Tuesday, June 25, 2013

Shine Your Way..



"Shine Your Way"


Just before the dawn,
When the light's still gone,
Shine, shine your way,
And you may not know, where to go,
Shine, shine your way

Open road but it's still dark,
Build a fire from a spark,
And shine, shine your way,
Feed the feeling in your heart,
Don't conceal it then you'll start,
To find, find your way

No one can stop, what has begun,
You must believe when I say

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

There's an open sky,
And a reason why,
You shine, shine your way,
There's so much to learn,
And now it's your turn,
To shine, shine your way

There's a feeling deep inside,
You can let it be your guide,
To find, find your way,
And there's no time for us to waste,
Got to take a leap of faith,
And fly, fly away

Don't have to walk,
Now you can run,
Nothing can get in your way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
Shine your way

Morning is breaking,
Darkness is fading,
We found a way to the light,
It's such a beautiful sight

Any time, anywhere,
Turn around and I'll be there,
To shine, shine your way

Like a star burning bright,
Lighting up the darkest night,
I'll shine, shine your way

Now I can see,
You are the one,
Sent here to show me the way

All of your tears will dry faster in the sun,
Starting today,
Shine, shine, shine,
We're on our way,
Shine, shine, shine,
That's what we say,
Shine, shine, shine,
Shine your way

There's a reason why
You shine, shine your way

All of our tears will dry faster in the sun
Shine your way 


Shine your way.. Lagu kegemaran terbaru.. Kadang2 orang dengar lagu sekadar dengar sahaja.. Cuba hayati lirik.. Kecuali lagu jiwang laa.. Hayati mendalam gila sampai ke lubuk paling dalam.. Eh!..

Betul la kata2 orang.. Hanya KAU aka DIRI SENDIRI aka YOURSELF yang boleh ubah and tolong hidup kau.. Tak payah la bergantung sangat kat orang lain.. Baik bergantung kat diri sendiri.. Nanti kalo timbul masalah boleh salahkan diri sendiri.. Tak yah susah hati pikir orang lain yg salah.. ye dak??

Tapi kalo kerja kita melibatkan orang lain jugak.. Mau tak mau kena la bergantung kat depa gak.. Tapi kalo depa perangai macam @$#%&.. Kerja kita pun tergantung.. Bila kena marah terpaksa jugak pikir yang ini suma salah orang itu.. Sakit otak tau tak??


Apa motif lagu and benda yang dok bebel2 nih?? Aku pun tak tau..

Dah lah..mari bekerja.. Jerebu dah sampai penang.. Selamat datang jerebu * Berharap kilang akan tutup untuk seminggu dua (melampau kau!..hahaha)*


p/s: Rasa macam hp rosak laa..Dah lama tak berbunyi..*sigh*

Saturday, June 22, 2013

Weekend...

Assalamualikum and morning..


Be Happy!.. It's weekend.. Forget everything that happened last week..

Enjoy your weekend and be ready to face new week with new mood..






and remember....




Minggu2 yang lepas adalah minggu2 yang sangat though untuk saya.. Tapi Alhamdulillah..

Semua halangan berjaya ditempuhi.. Cewah!!..

Ok la..minggu ni nak berhujung minggu di Grik.. Nak bertolak dah nih..

Jumpa lagi next week.. Adios!


p/s: Bila lah boleh berhujung minggu bersama suami nih??Bak calon sorang! (^__^)

Thursday, June 20, 2013

Email...

Assalamualikum....

Harinih nak ceta kejadian semalam (Rabu, 19hb Mei 2013)..

Pagi ke petang ntah dapat call dari Mr Foo.. Ok petang sebab petang tu dia takda kat ofis..
Dia tanya ada ke aku email Mr Roy (customer Maldives) bagitau yang kitorang tukar akaun..
Aku bersungguh2 menafikan sebab memang aku tak email pun..
Lagipun sejak bila company aku tukar akaun plak..Apsal aku taktau?? (bajet aku boss semua benda kena tau!cait!piirah..hahaha)..
Pastu boss cakap, "Lu punya email kena hack".. erk!
Aku tanya kenapa?? Then Mr Roy forward email nih:


Terang2 kat situ email aku dengan tarikh suma skali.. Siap ada signature aku lagi.. Demmit!!Makhluk tuhan mana nih yang pedajal email aku.. Dan yang best skali bila Mr Roy balas:


Hehe..mesti punah harapan dia sebab Mr Roy tak mintak no akaun baru tapi amik inisiatif nak call boss aku dulu.. Padan muka kau!!..Tapi boleh detect dari email yang Mr Roy reply.. Memang nama aku tapi bukan email aku.. Dan sah2 bukan email company aku punya..

Tengok la orang2 sekarang.. Sangat pandai mengeksploitasi orang lain.. Yang bestnya timing dia betul.. Mesti dia dah hack awai2 kan sebab baru minggu lepas aku send invoice and bank details kat Mr Roy nih.. Hish!menakutkan.. Kalo tak rugi dah lebih USD 80,000.00.. 

Dan ni bukan kali pertama.. Bulan lepas email finance kena.. Same situation dan masa tu pun dia baru mintak payment from Vietnam.. Jumlah payment lebih kurang.. Kaya sangat ka company aku nih sekarang? ke orang sekarang terlebih bijak.. Sebab sebelum2 nih tak pernah lagi terjadi benda2 macam nih.. Kali pertama dan kali kedua kitorang selamat.. Tapi kali ketiga??

Aku syak.. aku syak ya.. Security server company nih lemah.. Server company nih diuruskan oleh anak2 bos.. So, aku cadangkan kat mereka2 please kuatkan security.. Sebab kitorang selalu comunicate thru email dan projek selalu dalam jumlah yang besar.. Tambah2 projek luar.. Kalo la timbul apa2 masalah nanti ofkos la aku dan Mr Foo orang pertama yang akan dipertanggungjawabkan..Nehi! Nehi!.. Tak rela hidup dalam masalah 24jam / 7 hari seminggu..

Jadi, kepada anda kat luaq sana..Berhati2 laa.. La nih macam2 jenih manusia wujud.. Talam lapanbelasmuka pun ada.. Kawan2 baik pun bukan leh caya sangat (tak semua..tapi ada..macam cerita "teduhan kasih" tu).



Until then..see u olls again! have a nice day (^___________^)


p/s: arini ari malas sedunia.. tapi rasa macam tetiap hari pun malas..


 

Wednesday, June 19, 2013

Soalan...

Assalamualaikum.....

Tajuk arini adalah 'soalan'..

Tadi si engineer sorang nih dok sembang2 ngan si clerk pasai rambut.. Then si clerk tiba2 tanya soalan:

"kenapa u kena pakai tudung?memang kena pkai ke?kawan saya masa saya belajar dulu, dia tak pakai tudung.. bila saya tanya dia cakap sekarang zaman moden, tak payah pakai tudung..u patut tak payah pakai..orang mau tengok rambut u maa.."

Dan soalan tu ditujukan kat kitorang.. Si engineer sorang nih pun jawab:

"Tak wajib pakai tudung..Tapi wajib tutup aurat" 

Agak2 minah chinese nih paham ka? mesti la tak kan.. Aku seniri pun tak tau camna nak jawab..

Tetiba teringat kat Tagged.. Ada sorang member maya aku nih suka tulis pasai agama.. Selalu nasihat2 hal agama.. Jadi, tergerak la hati aku nak tanya dia.. Aku bagi la mesej kat tagged



Aku susun ayat baik punya.. Penuh harapan  di dada supaya dia dapat tolong and aku dapat terangkan kat si clerk nih.. Then, dia balas:



Tetiba rasa panaih hati aih.. Dia bajet aku akan selak balik semua post2 dia yang berpuluh2 sehari 2 ka?? Cait!Hampeh betul.. Moral of the story "Dont judge a book by its cover".. Aku ingat.. INGAT..dia akan jawab dengan penuh gaya bahasa beserta nasihat.. Alih2 aku yang kena balik.. Apa salah aku???gila tak puas hati..

Agak2 kalo kita tanya satu soalan kat ustaz dan sebenarnya perkara tu dah disampaikan dalam ceramah dia, adakah ustaz tu akan cakap:

"Saya dah huraikan benda nih dalam ceramah2 saya dulu.. Nampak sangat awak tak ikut ceramah saya"

Takpun:

"Saya dan cerita bab nih dulu.. Sesungguhnya awak tak mengikuti ceramah saya.. Kecewanya saya"

Macam tu ka?? Rasanya tak kot.. Mesti diorang akan terangkan secara terperinci.. Sebab benda nih kita nak terangkan kat seseorang bukan dari agama kita dan kurang paham tentang agama kita.. Ayat mestilah bagus dan tersusun dan mudah dipahami..ye dak??

Mungkin aku tanya kat salah orang kot.. Takpa lah..Aku akan cuba cari jawapan kat orang lain..Haish.. Hampeh betoi laa..  

Kecewa mak harini noks!! 


p/s: Harini ada benda tak best berlaku..Lain entry nanti kita cerita len ok! 

Saturday, June 15, 2013

Merungut, Maaf...

Assalamualaikum....


Found this quote on FB encik rashid.





Lately memang keja sangat banyak.. Melampau2 batas banyaknya.. Sampai bila masuk ofis trus flat.. Rasa nak lepak bawah meja ja..

Bila orang ajak kuar @ pun mintak buat apa2 mesti cakap "Penat la weh.. Tak larat la weh"..

Now, baru tersedar yang dah "mengajar" diri untuk jadi lemah selalu.. 

Tambah2 minggu nih banyak sangat isu yang berlaku sampai terkeluar "penatnya layan pe'el manusia..knapa benda macam nih jadi?"

Sampai satu tahap memang rasa nak menangis ja.. Tapi tak menangis pun la.. Hati masih kuat.. Mulut dan hati ja merungut2 tak sudah2..

Hari ni hari terakhir minggu nih.. Dan tetiba rasa hari nih takde keja.. Mana pi segala masalah, isu yang timbul dulu?? Baru tersedar yang isu2 tu semua telah disettlekan satu persatu dengan jayanya..



Kita manusia kadang2 tak sedar kemampuan kita. Kita cepat sangat mengalah tanpa mencuba. Mulut tu selalu kuar "camna nih?? Tak reti.. Tak tau.. Tak penah buat".. Padahal kita TAK MENCUBA lagi pun.. Kadang-kadang menangis tak selesaikan masalah pun. Cuma ketenangan dan berfikir secara bijak ja dapat selesaikan masalah. Meh nak ceta:

1) Salah sorang customer salah bank in duet bayaran final utk projek. Dia masukkan ke foreign akaun company sedangkan duetnya yang dibank in dalam bentuk RINGGIT MALAYSIA. Timbul 1 masalah apabila foreign account company takleh terima duet tu dan duet akan dikembalikan kepada customer dalam masa 3 HARI BEKERJA. dan barang itu sangat urgent sebab projek dah nak jalan. Mulalah financial kelam kabut. Jadi aku la orang pertama yang dipertanggungjawabkan sebab aku yang bagi dua akaun untuk dia dan aku jugak yang handle and communicate dengan customer nih. Sumpah rasa nak benti keja (gila betoi!takut nak mati..serius takut gila). Penat la tadah telinga kena berleter bagai sebab ini melibatkan jumlah yang besar. Jadi financial dah terangkan apa yang kena buat. So, aku pun call customer tu. Benda pertama aku cakap "SORRY, this is my fault".. lepas cakap camtu trus rasa lega. Then, terangkan la kat dia camna nak buat dan aku takleh release barang selagi tak terima bayaran (company policy). Jadi aku mintak maaf sangat2 kat dia. Dia pun cakap OK dan akan bayar sekali lagi. Semalam dah terima bayaran dan aku cakap barang akan kuar isnin. Pastu aku terima email dari customer tu:


Dengan hanya satu ayat "Thanks a lot for your cooperation" berjaya menbuatkan semua masalah dan keserabutan tu gugur. Sekurang2nya dia hargai usaha aku untuk tolong dia walaupun benda nih salah aku and dia (nak jugak salahkan dia). Lega jugak sebab akhirnya satu masalah selesai dan customer tu takdak nak hentam aku ka apa. Tapi dalam hati aku marah jugak. Kenapa dulu masa first payment boleh ja ko masukkan ke CIMB, skrg kau buat masalah plak. Tapi sekurang2nya benda nih dah mengajar aku SENTIASA ALERT dan BERHATI2..

2) Customer yang kedua nih dah kali kedua berurusan dengan aku. Jadi dia dah tau semua policy company. Aku janji dengan dia lepas dapat final payment aku akan release barang dia. So dah booking transport dan dah confirm yang lori akan pick up barang ari rabu pagi dan smpai sana kamis pagi. Tapi sampai petang lori tak sampai. Bila nak balik ja aku dpt information lori rosak dan akan sampai kamis pagi. Means barang akan sampai jumaat pagi (delay 1 hari). Stress gila aku sebab dia dah pesan please jangan delay lagi sebab diorang pun dah behind schedule. Aku ya2 ja cakap takkan delay. Serabut gila aku sebab tak tahu nak buat apa. Takkan pagi kamis baru nak bgtau yang lori ada problem. So, balik rumah petang rabu aku call customer tu dan benda pertama aku cakap "SORRY" jugak..aku pun cerita la bla bla bla kat dia. Then dia cakap "ok la sebab u inform i awai".. Lega jugak dia tak bambu aku. Tapi selagi barang tak kuar selagi tu la aku boleh meroyan. Pagi jumaat tu dia bgtau dh terima barang TAPI...ada TAPI.. satu bijik panel rosak sangat teruk dan x boleh repair. Aku pun mulalah nak kuar macam2 dari mulut nih.. Lepas satu, satu benda jadi. Boleh ja nak replace tapi masalah hanya 1 bijik dan bukan dekat..Rawang sana. Sakit jiwa gila. Dalam dok meroyan tu, tetiba bos cakap "Suruh man (driver lori) hantar barang ke Site kita kat Rawang".. Lega gila dengar camtu. Bos macam pepaham ja aku dalam masalah.. Bolehlah tumpang lori tu untuk bawak 1 bijik panel nih. Selesai jugak satu masalah yang serabut nih.

3) Nih customer dari singapore. Dah biasa dengan dia. Tapi minggu nih banyak sangat kerenahnya.. Dah la plan asyik bertukar dan asyikkkkk kena revised. Macam aku takde keja dok revised dia punya projek ja. Last revision aku buat aku email bagi dia. Then dia call "Zarina, why u so CARELESS??..bla bla bla (mls tulis)".. So, aku mintak maaf then bagitau aku bz sangat.. Masa nih memang serius nak menangis tahap gaban punya. Dah la aku banyakkkk sangat kerja. Pastu kena tegur la plak.. Lepas dia call aku buat taktau dulu kat projek dia.. Aku cakap bagi aku masa.. Pastu dia call balik "Zarina, i know u bz..do it slowly.. i already delay the project".. Mungkin dia sedar aku kurang bercakap tadi. Esoknya baru aku setelkan dan email bagi dia. Walaupun dia taktau cakap melayu tapi dia reply email aku dengan ucapan "Terima Kasih Zarina". Walaupun hanya biasa saja, tapi bagi aku sangat berharga dan mampu buat aku bersemangat balik. "Kasih diterima..hehe"..

Kesimpulannya kat sini:

~ Apa saja yang berlaku mesti ada hikmahnya.. Cuma kita sedar @ tak sedar ja..
~ Ringan2kan mulut mintak maaf walaupun bukan salah kita @ kita penyebab jugak.. Dengan kata2 maaf / mengakui kesilapan sendiri dapat menyejukkan hati kita dan orang tersebut.
~ Jangan mudah melatah.. Setiap MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIAN.. sentiasa ingat dalam kehidupan sentiasa akan ada UJIAN.
~ Selagi kita bekerja, berhadapan dengan customer selagi tu la akan ada isu timbul. Kecik @ besar. Belajar dari pengalaman. Mesti dapat diselesaikan cuma ambik sikit masa, dan usaha ja.
~ Jangan la asyik nak merungut, salahkan orang sana sini. Selagi kita asyik mencari kesalahan orang selagi tu lah masalah takkan selesai. Ambik inisiatif untuk selesaikan.
~ Kita jugak jangan lupa yang kita hanya HAMBA ja kat dunia nih. Tuhan hanya SATU.. Hanya ALLAH.. Jadi sentiasa kena sedar diri yang kita sentiasa akan diuji.



Until then peeps! See you in the next entry!





p/s: Semalam mimpi kena patuk ular la..dah la fobia ngan ular..damn it!