Saturday, June 15, 2013

Merungut, Maaf...

Assalamualaikum....


Found this quote on FB encik rashid.





Lately memang keja sangat banyak.. Melampau2 batas banyaknya.. Sampai bila masuk ofis trus flat.. Rasa nak lepak bawah meja ja..

Bila orang ajak kuar @ pun mintak buat apa2 mesti cakap "Penat la weh.. Tak larat la weh"..

Now, baru tersedar yang dah "mengajar" diri untuk jadi lemah selalu.. 

Tambah2 minggu nih banyak sangat isu yang berlaku sampai terkeluar "penatnya layan pe'el manusia..knapa benda macam nih jadi?"

Sampai satu tahap memang rasa nak menangis ja.. Tapi tak menangis pun la.. Hati masih kuat.. Mulut dan hati ja merungut2 tak sudah2..

Hari ni hari terakhir minggu nih.. Dan tetiba rasa hari nih takde keja.. Mana pi segala masalah, isu yang timbul dulu?? Baru tersedar yang isu2 tu semua telah disettlekan satu persatu dengan jayanya..



Kita manusia kadang2 tak sedar kemampuan kita. Kita cepat sangat mengalah tanpa mencuba. Mulut tu selalu kuar "camna nih?? Tak reti.. Tak tau.. Tak penah buat".. Padahal kita TAK MENCUBA lagi pun.. Kadang-kadang menangis tak selesaikan masalah pun. Cuma ketenangan dan berfikir secara bijak ja dapat selesaikan masalah. Meh nak ceta:

1) Salah sorang customer salah bank in duet bayaran final utk projek. Dia masukkan ke foreign akaun company sedangkan duetnya yang dibank in dalam bentuk RINGGIT MALAYSIA. Timbul 1 masalah apabila foreign account company takleh terima duet tu dan duet akan dikembalikan kepada customer dalam masa 3 HARI BEKERJA. dan barang itu sangat urgent sebab projek dah nak jalan. Mulalah financial kelam kabut. Jadi aku la orang pertama yang dipertanggungjawabkan sebab aku yang bagi dua akaun untuk dia dan aku jugak yang handle and communicate dengan customer nih. Sumpah rasa nak benti keja (gila betoi!takut nak mati..serius takut gila). Penat la tadah telinga kena berleter bagai sebab ini melibatkan jumlah yang besar. Jadi financial dah terangkan apa yang kena buat. So, aku pun call customer tu. Benda pertama aku cakap "SORRY, this is my fault".. lepas cakap camtu trus rasa lega. Then, terangkan la kat dia camna nak buat dan aku takleh release barang selagi tak terima bayaran (company policy). Jadi aku mintak maaf sangat2 kat dia. Dia pun cakap OK dan akan bayar sekali lagi. Semalam dah terima bayaran dan aku cakap barang akan kuar isnin. Pastu aku terima email dari customer tu:


Dengan hanya satu ayat "Thanks a lot for your cooperation" berjaya menbuatkan semua masalah dan keserabutan tu gugur. Sekurang2nya dia hargai usaha aku untuk tolong dia walaupun benda nih salah aku and dia (nak jugak salahkan dia). Lega jugak sebab akhirnya satu masalah selesai dan customer tu takdak nak hentam aku ka apa. Tapi dalam hati aku marah jugak. Kenapa dulu masa first payment boleh ja ko masukkan ke CIMB, skrg kau buat masalah plak. Tapi sekurang2nya benda nih dah mengajar aku SENTIASA ALERT dan BERHATI2..

2) Customer yang kedua nih dah kali kedua berurusan dengan aku. Jadi dia dah tau semua policy company. Aku janji dengan dia lepas dapat final payment aku akan release barang dia. So dah booking transport dan dah confirm yang lori akan pick up barang ari rabu pagi dan smpai sana kamis pagi. Tapi sampai petang lori tak sampai. Bila nak balik ja aku dpt information lori rosak dan akan sampai kamis pagi. Means barang akan sampai jumaat pagi (delay 1 hari). Stress gila aku sebab dia dah pesan please jangan delay lagi sebab diorang pun dah behind schedule. Aku ya2 ja cakap takkan delay. Serabut gila aku sebab tak tahu nak buat apa. Takkan pagi kamis baru nak bgtau yang lori ada problem. So, balik rumah petang rabu aku call customer tu dan benda pertama aku cakap "SORRY" jugak..aku pun cerita la bla bla bla kat dia. Then dia cakap "ok la sebab u inform i awai".. Lega jugak dia tak bambu aku. Tapi selagi barang tak kuar selagi tu la aku boleh meroyan. Pagi jumaat tu dia bgtau dh terima barang TAPI...ada TAPI.. satu bijik panel rosak sangat teruk dan x boleh repair. Aku pun mulalah nak kuar macam2 dari mulut nih.. Lepas satu, satu benda jadi. Boleh ja nak replace tapi masalah hanya 1 bijik dan bukan dekat..Rawang sana. Sakit jiwa gila. Dalam dok meroyan tu, tetiba bos cakap "Suruh man (driver lori) hantar barang ke Site kita kat Rawang".. Lega gila dengar camtu. Bos macam pepaham ja aku dalam masalah.. Bolehlah tumpang lori tu untuk bawak 1 bijik panel nih. Selesai jugak satu masalah yang serabut nih.

3) Nih customer dari singapore. Dah biasa dengan dia. Tapi minggu nih banyak sangat kerenahnya.. Dah la plan asyik bertukar dan asyikkkkk kena revised. Macam aku takde keja dok revised dia punya projek ja. Last revision aku buat aku email bagi dia. Then dia call "Zarina, why u so CARELESS??..bla bla bla (mls tulis)".. So, aku mintak maaf then bagitau aku bz sangat.. Masa nih memang serius nak menangis tahap gaban punya. Dah la aku banyakkkk sangat kerja. Pastu kena tegur la plak.. Lepas dia call aku buat taktau dulu kat projek dia.. Aku cakap bagi aku masa.. Pastu dia call balik "Zarina, i know u bz..do it slowly.. i already delay the project".. Mungkin dia sedar aku kurang bercakap tadi. Esoknya baru aku setelkan dan email bagi dia. Walaupun dia taktau cakap melayu tapi dia reply email aku dengan ucapan "Terima Kasih Zarina". Walaupun hanya biasa saja, tapi bagi aku sangat berharga dan mampu buat aku bersemangat balik. "Kasih diterima..hehe"..

Kesimpulannya kat sini:

~ Apa saja yang berlaku mesti ada hikmahnya.. Cuma kita sedar @ tak sedar ja..
~ Ringan2kan mulut mintak maaf walaupun bukan salah kita @ kita penyebab jugak.. Dengan kata2 maaf / mengakui kesilapan sendiri dapat menyejukkan hati kita dan orang tersebut.
~ Jangan mudah melatah.. Setiap MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIAN.. sentiasa ingat dalam kehidupan sentiasa akan ada UJIAN.
~ Selagi kita bekerja, berhadapan dengan customer selagi tu la akan ada isu timbul. Kecik @ besar. Belajar dari pengalaman. Mesti dapat diselesaikan cuma ambik sikit masa, dan usaha ja.
~ Jangan la asyik nak merungut, salahkan orang sana sini. Selagi kita asyik mencari kesalahan orang selagi tu lah masalah takkan selesai. Ambik inisiatif untuk selesaikan.
~ Kita jugak jangan lupa yang kita hanya HAMBA ja kat dunia nih. Tuhan hanya SATU.. Hanya ALLAH.. Jadi sentiasa kena sedar diri yang kita sentiasa akan diuji.



Until then peeps! See you in the next entry!





p/s: Semalam mimpi kena patuk ular la..dah la fobia ngan ular..damn it!




No comments: