Assalamualaikum..
Lama tak menulis di sini..
Ada ja cerita.. Tapi kerajinan tu tak sampai..
Sejak dua menjak nih (tapi dah lama pun) rasa untuk bekerja sebab minat tu dah kurang..
La ni pun keja sebab perlu duet.. Nak bayaq hutang.. Untuk diri sendiri..
Enjoy dalam bekerja dah takdak..
Dulu suka sangat kerja nih..
Sebab dapat kenal ramai manusia, dapat bergaul dengan orang seantero dunia, dapat kenal ramai manusia dari negara lain, paling best sebab memang ni kerja yang diidamkan dari dulu..
Manusia mudah lupa diri.. Manusia sanggup buat apa saja untuk kesenangan diri.. Manusia jugak sanggup buat apa saja untuk 'menaikkan' diri sendiri (bukan menaikkan berat badan k).
Hanya kerana mulut seorang manusia yang sangat dipercayai oleh syarikat, kita terpaksa terima akibat yang sangat buruk.. Mungkin depa sama kaum.. Dan mungkin jugak dia rajin.. Tak macam aku..
Sebagai pekerja biasa yang makan gaji.. Terpaksa terima ja.. Telan ja semua..
Ni status fb aku.. Hari sabtu hari tu..
Bukan marah boss sebab boss marah aku.. Tapi sebab dia cakap aku tak buat kerja.. Sedangkan benda tu aku memang tak pernah dengar..
At least dia terang kat aku.. Then, if aku cakap aku tak tahu.. Boleh la marah aku.. Bukan tak boleh terima dia marah.. Tapi sebab perangai dia tu.. Dah banyak sangat orang kena dengan dia..
Sebab geram kat dia dan lebih2 sangat kerani dia yang KNOW EVERYTHING tu.. Aku buat research pasai benda baru yang dia nak developed tu..
The result is, tak boleh pun buat.. Sebab tak memenuhi kriteria pun.. BOSS and KERANI tu can go to hell.. Cakap takdak fakta.. Cakap banyak.. Puas ati aku boleh reverse salah kat depa..
La ni kerja pun dah tak seronok.. Jasad disini memenuhi tuntutan tugas sebab hujung bulan dapat gaji..
Bukan sebab seronok dengan pekerjaan nih..
Sedang mencari yang baru.. Tapi tak berjodoh lagi dengan kerja baru..
InsyaAllah.. Ada la rezeki aku nanti.. Mampu bersabaq hingga berjodoh..
Tiap2 hari, kira jam ja.. Bila nak pukul 6.. Tak sabaq nak balik..
Mai keja kul 8.30 pg.. Dok tunggu jam waktu balik ja.. Haish!
YES, i love my job but i DONT LOVE MY COMPANY.. Tapi syukur sebab Allah dah tetapkan rezeki aku disini... Berusahalah.........Life Must Go On...
No comments:
Post a Comment