Tuesday, November 18, 2014

Nikmat

Assalamualaikum....

Lama tak menulis sini..

Hari ni nak bermotivasi sikit..

Kadang2 manusia nih mudah alpa, mudah lupa.. Selalu nampak apa yang orang ada, apa yang orang dapat, macam mana kehidupan orang tu, keta apa depa naik, depa p bercuti kat mana.. Macam2 laa.. Sedangkan diri pun banyak sangat nikmat yang Allah bagi.. Cuma tak nampak.. Sebab mata tu dok nampak yang orang len.. Jeles kat orang len..

Contohnya of course la aku.. Kadang2 rasa best tengok orang dah kawin, ada laki, ada keluarga, ada suami, mengandung/ada anak, boleh p jalan2 dengan laki depa, p bercuti sana sini dengan laki depa.. Tapi aku?? Takdak pun semua tu.. Padahal aku ada macam2..

Aku sihat walafiat.. Aku takdak sakit apa2.. Alhamdulillah.. Aku boleh p sana sini tanpa masalah..

Aku ada kerja.. Aku ada gaji yang best **rollingeyes**.. Aku ada duet seniri.. Aku ada simpanan seniri..

Aku ada harta aku seniri.. Yang aku beli dengan titik peluh aku seniri.. Apa yang aku nak, aku boleh beli..

Aku boleh jaga mak ayah aku.. Hari2 aku dapat tengok depa.. Aku boleh layan permintaan depa.. Apa depa nak makan, aku boleh belikan.. Aku boleh jaga depa masa depa sakit.. Aku boleh bawak depa p jalan2..

Family aku best.. Abang2 yang baik hati.. Selalu bawak aku p bercuti.. Selalu akan ada family vacation once a year.. Kadang2 buat makan2 kat rumah mak aku.. Semua dapat berkumpul..

Sedangkan ada orang terpaksa berjauhan dengan mak ayah, terlampau sibuk sampai takdak masa nak melawat mak ayah.. 

Ada jugak orang yang family kucar kacir.. Atau family yang tak kisah pasai adik beradik.. Yang takdak peluang untuk berkumpul sesama..

Ada orang yang takdak kerja.. Masih menganggur..

Ada orang yang takdak duet.. Tak boleh beli apa yang depa nak..

NIKMAT APA LAGI YANG AKU NAK DUSTAKAN??


Friday, November 7, 2014

Derma Organ - Satu Ikrar Sejuta Harapan

Assalamualaikum...

Jumpak lagi kita di hari yang mulia nih..

Banyak amalan2 sunat di hari Jumaat nih.. Buat la yang mana kita boleh buat.. Tak rugi pun

Antara amalan2 sunat Hari Jumaat.

Semalam tengok kat tv pasai derma organ nih.. Pagi tadi pun dengaq kat Hot FM pasai derma organ..

Derma organ adalah diharuskan dalam Islam (mengikut fatwa kebangsaan)..

Boleh refer kat website Derma Organ.


See..umo 25 hari dah start menderma


Semalam tergerak hati nak mendaftar sebagai penderma organ.. Dan aku dah mendaftar ye.. (^__^)

Meh sini nak cerita cara2 nya:

Mula2 klik website derma organ tu



Klik dekat kotak merah tu untuk daftar sebagai penderma organ. Pastu kuar skrin nih. Tengok.. Erma Fatima pun mender jugak u ollss...


No 1 Isi la semua maklumat peribadi tu.. Apa yang depa mintak.. Bila dah siap:



No 2 plak.. Untuk maklumat waris.. Kalo dah kawin tu bolehla letak nama suami/isteri..




No. 3 plak kena bagitau pihak keluarga pasai nih.. Sebab nanti depa taktau yang kita dah derma organ..

i dah inform they olls


No 4 pilihla apa yang kita nak dermakan.. Hat ni rasa lawak.. Mula2 dah tanda semua.. lepas tu tengok kulit terpikir plak "Camna aku takdak kulit nanti?".. Buang tanda kat kulit.. Lepas tu pegang mata plak "Camna aku takdak mata nanti?".. Buang tanda kat mata tu.. Haha.. Bengong sangat rasa.. Lepastu terpikir bila mati takdak apa pun yang penting dah.. Dermakan ja untuk yang memerlukan.. Berguna jugak untuk orang lain.. Last2 tanda semua.. Lega hati..





No 5 Pengesahan.. Masuk kod and klik submit....




 Bila dan complete nanti akan keluaq benda nih.. PENDAFTARAN DAN BERJAYA..



Kad pengikrar organ akan dihantar dalam masa 3 minggu lepas mereka dah semak semua.. So tunggu ja laa..

Ramai yang takut nak derma organ.. Aku pun macam tu.. Ntah apa yang ditakutkan tak tau laa..

Ada banyak kebaikan bila kita derma organ.. Sekurang2nya kita boleh membantu orang yang memerlukan..

Kita boleh bagi orang lihat semula, Kita boleh bagi orang untuk jalani kehidupan yang lebih baik..





Untung2 mata yang kita derma digunakan untuk kebaikan.. Secara tak langsung kita akan dapat kebaikan.. 

Macam mata tu digunakan untuk mengaji, baca Al-Quran tak pun melihat benda yang baik..

Amalan2 ni la yang akan tolong kita di Sana.. So, jangan takut untuk menderma.. Takkan berkurang apa yang kita miliki..

InsyaAllah akan bertambah nanti.

Jadi kawan2..marilah kita menderma organ kita.. Kesian kat orang yang hidup sedangkan kita mati bawak semua yang kita tak perlukan lagi dah..

Menderma amalan yang mulia... Ingat tu.. So, apa2 leh cekidaut kat ...

 
SELAMAT MENDERMA U OLLSS!!! :-)

Monday, November 3, 2014

Bakery Boss & Cake Boss

Assalamualaikum....

Bersiaran lagi kita hari ni dikala mata rabak sebab tidoq lambat semalam..

Lambat sangat kul 6ptg.. Tak sabaq nak balik pastu tidoq puas2 (^.^)..

Ok.. Ni nak cerita pasai rancangan Cake boss dan Bakery Boss kat astro 707..

Sapa tengok rancangan nih? Angkat jari telunjuk!.. Haha

Rancangan nih best sangat.. Hostnya sama iaitu Buddy..

Tangan dia ni kan.. Berseni sungguh.. Dah tu kreatip nak mampus..

Bukan takat boleh buat kek, biskut and roti ja.. Masakan biasa pun boleh..

Hebat sangat nih..

Aku taktau rancangan nih sebenaqnya ari apa and pukul brapa..

Nasib la kalo aku tekan channel 707 tengok2 cerita nih yang kuaq..


Ni ha si Buddy tu.. Dah la bini lawa..haish!


Ni adik beradik beliau yang sama2 usahakan Carlos Bake Shop


Ni contoh keknya..Amazing sangat


Rancangan nih bukan sekadar buat kek, juai ja.. Tapi ada jugak nilai kekeluargaan..

Nanti tengok la rancangan Bakery Boss nih.. Tak silap aku ceta nih mengenai bakery yang idup segan mati tak mau..

Si Buddy akan tolong bangunkan balik bakeri depa, tolong ubah menu, hias balik bakeri.

Selain tu kebanyakkan yang bukak bakeri nih selalunya family.. Selalu ada masalah komunikasi..

Si Buddy akan tolong naikkan bakeri depa dan pulihkan balik hubungan kekeluargaan.. Baguih sangat dia nih!


Cake boss plak mengenai Carlos Bake Shop yang diusahakan oleh family Buddy..


Depa nih tiap2 minggu akan dapat tempahan buat kek yang pelik2, siap boleh bergerak2..

Bukan takat kek ja, macam2 elemen yang depa masukkan.. Kreatip sungguh..

Sel2 otak behubung dengan baik, sebab tu boleh cipta kek yang pelik dan berseni..

Kisah2 keluarga Buddy pun ada.. Bini dia cantik.. Nama Lisa...

Sesapa yang minat rancangan macam nih.. Silalah tengok.. best wa cakap lu!! :-)


Adios!!