Friday, November 7, 2014

Derma Organ - Satu Ikrar Sejuta Harapan

Assalamualaikum...

Jumpak lagi kita di hari yang mulia nih..

Banyak amalan2 sunat di hari Jumaat nih.. Buat la yang mana kita boleh buat.. Tak rugi pun

Antara amalan2 sunat Hari Jumaat.

Semalam tengok kat tv pasai derma organ nih.. Pagi tadi pun dengaq kat Hot FM pasai derma organ..

Derma organ adalah diharuskan dalam Islam (mengikut fatwa kebangsaan)..

Boleh refer kat website Derma Organ.


See..umo 25 hari dah start menderma


Semalam tergerak hati nak mendaftar sebagai penderma organ.. Dan aku dah mendaftar ye.. (^__^)

Meh sini nak cerita cara2 nya:

Mula2 klik website derma organ tu



Klik dekat kotak merah tu untuk daftar sebagai penderma organ. Pastu kuar skrin nih. Tengok.. Erma Fatima pun mender jugak u ollss...


No 1 Isi la semua maklumat peribadi tu.. Apa yang depa mintak.. Bila dah siap:



No 2 plak.. Untuk maklumat waris.. Kalo dah kawin tu bolehla letak nama suami/isteri..




No. 3 plak kena bagitau pihak keluarga pasai nih.. Sebab nanti depa taktau yang kita dah derma organ..

i dah inform they olls


No 4 pilihla apa yang kita nak dermakan.. Hat ni rasa lawak.. Mula2 dah tanda semua.. lepas tu tengok kulit terpikir plak "Camna aku takdak kulit nanti?".. Buang tanda kat kulit.. Lepas tu pegang mata plak "Camna aku takdak mata nanti?".. Buang tanda kat mata tu.. Haha.. Bengong sangat rasa.. Lepastu terpikir bila mati takdak apa pun yang penting dah.. Dermakan ja untuk yang memerlukan.. Berguna jugak untuk orang lain.. Last2 tanda semua.. Lega hati..





No 5 Pengesahan.. Masuk kod and klik submit....




 Bila dan complete nanti akan keluaq benda nih.. PENDAFTARAN DAN BERJAYA..



Kad pengikrar organ akan dihantar dalam masa 3 minggu lepas mereka dah semak semua.. So tunggu ja laa..

Ramai yang takut nak derma organ.. Aku pun macam tu.. Ntah apa yang ditakutkan tak tau laa..

Ada banyak kebaikan bila kita derma organ.. Sekurang2nya kita boleh membantu orang yang memerlukan..

Kita boleh bagi orang lihat semula, Kita boleh bagi orang untuk jalani kehidupan yang lebih baik..





Untung2 mata yang kita derma digunakan untuk kebaikan.. Secara tak langsung kita akan dapat kebaikan.. 

Macam mata tu digunakan untuk mengaji, baca Al-Quran tak pun melihat benda yang baik..

Amalan2 ni la yang akan tolong kita di Sana.. So, jangan takut untuk menderma.. Takkan berkurang apa yang kita miliki..

InsyaAllah akan bertambah nanti.

Jadi kawan2..marilah kita menderma organ kita.. Kesian kat orang yang hidup sedangkan kita mati bawak semua yang kita tak perlukan lagi dah..

Menderma amalan yang mulia... Ingat tu.. So, apa2 leh cekidaut kat ...

 
SELAMAT MENDERMA U OLLSS!!! :-)

No comments: