Wednesday, July 27, 2016

Kasih Sayang...

Assalamualaikum......





Hai Izaidah lagi..hehe

Dari pagi menulis.. Ni dah lepas lunch.. Baru dapat 2 baris..
Ari ni nak ceta pasai rumahtangga dan rumah yang takdak tangga..
Aku ni tak kawin lagi.. Jadi nak cakap lelebih tu takleh la kan..
Daripada pemerhatian dan pemahaman serta pendengaran..
Macam2 kisah mengerikan dan membahagiakan tentang perkahwinan nih..

Ada yang kenai 2 3 4 bulan.. Pastu terus tunang dan kahwin..
Alhamdulillah sekarang dah anak dua walaupun depa dua tu PJJ..

Ada yang amik masa lamaaa.. Dari matrik sampai gheja..
Pastu baru kawin..

Ada yang kenai melalui kawan2, sedara mara..
Kawin tanpa kenai antara satu sama lain..

Alhamdulillah.. ada yang bahagi.. ada yang mengerikan..

Baru2 ni sepupu aku.. Dia bagitau nak bercerai.. Atas alasan bini dia takmau masak (atau malas masak)..
Yang si bini plak kata sepupu aku ada pompuan len..
Depa pun br ja kawin.. Anak kecik lagi..
Aku pun taktau la sapa betoi sapa salah..
Yang aku tau.. Pengalaman itu amat mengerikan..

Kalo rasa kawin sekadar sebab kawan2 semua dah kawin @ sebab tringin nak berkeluarga..
Baik tak payah kawin..
Kawin la bila dah bersedia..
Kawin la bila dah rasa mampu nak pikui tanggungjawab sebagai suami @ isteri..

Untuk kawan2 yang bergelaq isteri tu..
Kalo tak pandai masak.. Bawak2 la belajaq..
La ni senang.. Google ja.. Serba mak nenek ada sana..
Kalo tak rajin pun sekali sekala rajin2 kan la diri tu..
Takkan sampai mampuih pun nak malas2 kan..
Hat bab mengemas ka, membasuh ka.. Tu semua memang suma wajib tau la kot..

Untuk kawan2 yang bergelaq laki tu..
Hangpa tu kira tanggungjawab maha besaq la orang kata..
Bukan takat dok bagi nafkah bagai tu ja..
Macam2 lagi la.. 
Hangpa kena sedia tempat tinggai..
Jangan la bawak dok ngan mak hangpa @ p dok ngan mak mertua hangpa..
Belajaq2 la berdikari...

Untuk kawan2 yang bakal berkawin tu..
Bawak2 la bersedia dari segala hal..
Lagi satu, jangan lupa jemput aku.. :-)

"Hang tak kawin lagi.. Boleh la kata lagu tu.. Nanti hang dah kawin baru hang rasa"

Takmau kata lagu tu na.. Kita ada bahagian masing2.. Doa yang baik2 ja untuk semua makhluk Tuhan..

 
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum :21)



Tuesday, July 26, 2016

Pakcik Yang Kurang Siuman

Salam.....

Nak ceta..
Pagi tadi berenti kat Pekan Junjong..
Beli coq keria yang makcik tu juai (sedap...)
Sambil2 tunggu makcik tu dok goreng coq keria..
Nampak la gelagat pakcik yang kurang siuman nih..
Lepas dia lintas jalan, dia jadi trafik light bergerak..
Bila lampu merah, dia suruh orang berenti..
Bila lampu hijau, dia suruh orang jalan..
Sambil dia memerhati orang sekeliling...

Then, lalu la pakcik tukang sapu sampah di sebalik sana jalan..
Menyapu di sisi jalan raya..Mengaut segala plastik, daun2 kering.. 

Gambar sekadar hiasan

Pakcik yang dikatakan kurang siuman tu pun melintas jalan kearah pakcik tukang sapu sampah..
Bila sampai, dihulur tangannya ke arah pakcik tukang sapu sampah..
Di tangannya ada duet RM1..mungkin jumlahnya RM2 @ RM3..
Diberi kepada pakcik tukang sapu sampah..
Dipesan supaya beli makanan dan minuman..
Mulanya pakcik tukang sapu sampah menolak..
Tapi pakcik yang kurang siuman tu suruh jugak2 dia amik duet tu..
Lalu pakcik kurang siuman pun balik naik basikal dia..

Aku yang tengok, tiba-tiba rasa sebak..
Aki yang konon sihat, waras akalnya, ada duet..
Tak pernah terpikir nak sedekah pada mereka2 ini..
Sedangkan pakcik yang kurang siuman..
Yang orang cakap gila, tak betoi..
Boleh ja sedekah..

Sedekah...
Tak perlu tunggu KAYA...
Tak perlu tunggu BERDUET..
Tak perlu tunggu ORANG SUSAH..
Bila2 ja boleh bagi..
Pada sesiapa sahaja...

Friday, July 22, 2016

J.O.D.O.H

Assalamualaikum...

Aku selalu layan blog Kak D

Kadang2 bila terlampau boring aku godek2 la balik entry2 lama dia..

Walaupun kadang2 tulisan Kak D nih macam mereng sikit.. Tapi best.. Semua yang dia cakap make sense and buat aku terpikir balik, "eh, betul la Kak D ckp ni".. So, ada kebaikan di situ :-)

Ari tu terjumpak pasai entry dia tulis tentang JODOH.. Aku rajin.. Jadi aku taip balik (sebab tak leh kopi pes..hehe)

Actually yang ni dia tanya soalan kat sorang kawan dia berkenaan JODOH.

Islam adalah agama fitrah.
Bila lelaki berkenan dengan perempuan yang boleh dikahwini, ada jalan untuk berkahwin, ada tatacara. Surah Al-Baqarah ada sebut, lengkap. Dari pilih pastu nyatakan hasrat, meminang, berkahwin, beranak, menyusukan anak..
Tapi sebagai manusia, mungkin ada satu peringkat 'hilang persefahaman'
Sebab kawin "menyatukan 2 budaya".. Kadang2 ilang kesatuan, Maka, bila dipertimbangkan jika lebih baik bercerai daripada terus dalam ikatan perkahwinan, Islam sediakan jalan "pembubaran perkahwinan".. Bukanlah benda terlalu pelik.. Mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. Sebab musabab tak usahlah diulas.. Tapi bila sampai tahap 'teruk', jalan damai dah buntu, semua usaha dah abis, hilang sayang dan cinta, lebih baik bercerai dari bersama, maka bercerailah cara elok..

Question (Q): So, kalau bercerai maknanya tu bukan jodoh yang sesuai?
Answer (A): Habislah jodoh.. Ikatan, persefahaman.. Bukan "besar" sangat jodoh tu.. Yang besar ialah "ikatan perkahwinan".. Jodoh tu bahasa kita.. Tak appear pun takpa, asal ada perkataan "kahwin".. Tapi kita biasanya sebut "dah jodoh", makna kita terima "ketentuan".. Bila bercerai kita sebut "dah takda jodoh", maknanya kita terima "ketentuan".. So, perkataan "jodoh" tu takdalah besar.. Ia cuma ganti nama.. Sama juga.. 

Q: Jadi maknanya kita memang dah ditentukan jodoh kawin tapi bercerai?
A: Ya, sebagai ujian.

Q: Macam mana pula yang tak kawin sampai mati? Padahal jodoh dah ditentukan? Maknanya jodoh dia dah mati before diorang jumpa ke apa?
A: Sebab tu bila kena kat orang kita jangan bersorak.. Maknanya ujian bagi dia pula ada "tak berjodoh".. Ujian tak sama bagi setiap orang.. Ada yang diuji dengan kaya.. Kaya tu dia tu bawak dia kemana? Ke agama @ makin jauh kerana sibuk bisnes.. Ada orang diuji dengan miskin.. Miskin dia bawak ke mana? Ke agama @ ke kufur, yakni mempertikaikan kemiskinan dia.. Ada orang diuji dengan cantik paras rupa.. Cantik dia bawak ke mana? Ke agama @ ke pameran?.... Ada orang diuji dengan kawin, ada diuji dengan tidak berkahwin @ Dia beratkan cari pasangan sedangkan dia mampu, itu juga ujian.. Sebab itu kita kena tau dan yakin matlamat hidup kita supaya apa yang diuji, kita bersedia dan kita harungi.. Sebab kita ada matlamat.

Q: So, maknanya takyah pikir sangat la pasai jodoh ada ke takde.. camtu?
A: Usaha perlu.. Kalo orang bujang nak kawin, kena usaha cari.. Sebab kawin ni sunnah Nabi.. Pahal dilipatganda bagi aktiviti yang sama bagi orang berkahwin berbanding bujang.. Jangan tak pikir dan tak usaha.. Macam sakit, nak sihat kena makan ubat.. Tapi bukan ubat tu penyembuh.. Allah tu penyembuh.. Ikhtiar dengan makan ubat.. Tak makan ubat pun kalau Allah nak sembuhkan.. Boleh.. Tapi kena usaha.. Tengok Mariam ketika lahirkan Nabi Isa.. Lepas lahir, lemah dia, lapar dia, haus dia.. Allah suruh goyangkan pokok tempat dia bersandar sebab ada kurma di pokok tu... Tak goyang, tak gugurlah.. Kenapa Allah suruh Mariam yang serba lemah sebab baru lahir tu goyang pokok? Allah boleh hantar angin suruh goyang takpun Allah bagi je la.. Toksah goyang2.. Tapi tu la usaha walaupun kecik kena usaha..

Q: Ok, paham.. So, kesimpulannya pasai jodoh ni apa?
A: - Kena usaha, - Dan ada ilmu.. - Nak ada ilmu kenalah lapang dada dan belajar.. - Jodoh ni urusan dunia...

Nothing is OURS!

Assalamualaikum...

Lama tak menulis disini.. Mungkin sibuk (Mungkin?)..

Harini tak banyak kerja sangat.. jadi blogwalking sana sini dan jumpa quote ni.

i found it so interesting.. Let me share with you all..


Yes, tiada satu pun benda di dunia nih adalah kepunyaan kita.. Yes, TIADA!..

Kita dapat pun dengan belas ehsan Dia Yang Satu.. Jadi jangan nak ngengada mengaku itu semua KAU yang punya

Close Deal

Salam...

Hai Izaidah..rindu aku kan??haha

Harini lunch bos belanja kfc sempena berjaya meng'close deal' almost 800k this past few days..
Alhamdulillah..
Thank you Mr Foo, thank you Hajar, thank you Nasrul..
Saya bukanlah sales tapi ini sebahagian kerja saya..
Mengenangkan ekonomi yang tak berapa bagus..
Dengan penutupan beberapa kilang besaq..
Dengan kejatuhan RM..
Dengan kematian salah sorang executive director yang 'know everything'
Kilang ni sedikit goyah sebab sales drop drastically..
Akaun pun cakap, gaji akan lambat..mungkin kena buang orang..
Kesian la dekat kawan2 yang kebanyakkan hanyalah biasa2 sahaja..
Ada sebab Tuhan tetapkan saya kembali ke sini..

Bersama Mr Foo, we try our best to get as many project as we can..
Semalam dapat close 1 deal...
And now, kami kekurangan team technician pulak..
Takpa, pelan2 cari orang...

For Mr Foo, thanks for 'raising' me well... :-)


Wednesday, July 20, 2016

2016

Salam...

Dah masuk pertengahan 2016.

Baru teringat yang saya ada blog *rollingeyes*.

Hari ni dok belek2 entry lama2..

Macam best ja baca cerita2 lama..

Baru perasan.. blog macam diari jugak..

Macam2 boleh tulis..

One day mesti kita akan bukak dan baca balik semua cerita2 tu..

Arini jugak berazam...

Nak start tulis blog balik..

Sebab ada yang rindu.. Dah lama tak berupdate..

Macam2 nak ceta..

P Langkawi..

P sabah..

Jalan2 KL/Putrajaya..

Nanti saya update ok..