Friday, July 22, 2016

J.O.D.O.H

Assalamualaikum...

Aku selalu layan blog Kak D

Kadang2 bila terlampau boring aku godek2 la balik entry2 lama dia..

Walaupun kadang2 tulisan Kak D nih macam mereng sikit.. Tapi best.. Semua yang dia cakap make sense and buat aku terpikir balik, "eh, betul la Kak D ckp ni".. So, ada kebaikan di situ :-)

Ari tu terjumpak pasai entry dia tulis tentang JODOH.. Aku rajin.. Jadi aku taip balik (sebab tak leh kopi pes..hehe)

Actually yang ni dia tanya soalan kat sorang kawan dia berkenaan JODOH.

Islam adalah agama fitrah.
Bila lelaki berkenan dengan perempuan yang boleh dikahwini, ada jalan untuk berkahwin, ada tatacara. Surah Al-Baqarah ada sebut, lengkap. Dari pilih pastu nyatakan hasrat, meminang, berkahwin, beranak, menyusukan anak..
Tapi sebagai manusia, mungkin ada satu peringkat 'hilang persefahaman'
Sebab kawin "menyatukan 2 budaya".. Kadang2 ilang kesatuan, Maka, bila dipertimbangkan jika lebih baik bercerai daripada terus dalam ikatan perkahwinan, Islam sediakan jalan "pembubaran perkahwinan".. Bukanlah benda terlalu pelik.. Mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. Sebab musabab tak usahlah diulas.. Tapi bila sampai tahap 'teruk', jalan damai dah buntu, semua usaha dah abis, hilang sayang dan cinta, lebih baik bercerai dari bersama, maka bercerailah cara elok..

Question (Q): So, kalau bercerai maknanya tu bukan jodoh yang sesuai?
Answer (A): Habislah jodoh.. Ikatan, persefahaman.. Bukan "besar" sangat jodoh tu.. Yang besar ialah "ikatan perkahwinan".. Jodoh tu bahasa kita.. Tak appear pun takpa, asal ada perkataan "kahwin".. Tapi kita biasanya sebut "dah jodoh", makna kita terima "ketentuan".. Bila bercerai kita sebut "dah takda jodoh", maknanya kita terima "ketentuan".. So, perkataan "jodoh" tu takdalah besar.. Ia cuma ganti nama.. Sama juga.. 

Q: Jadi maknanya kita memang dah ditentukan jodoh kawin tapi bercerai?
A: Ya, sebagai ujian.

Q: Macam mana pula yang tak kawin sampai mati? Padahal jodoh dah ditentukan? Maknanya jodoh dia dah mati before diorang jumpa ke apa?
A: Sebab tu bila kena kat orang kita jangan bersorak.. Maknanya ujian bagi dia pula ada "tak berjodoh".. Ujian tak sama bagi setiap orang.. Ada yang diuji dengan kaya.. Kaya tu dia tu bawak dia kemana? Ke agama @ makin jauh kerana sibuk bisnes.. Ada orang diuji dengan miskin.. Miskin dia bawak ke mana? Ke agama @ ke kufur, yakni mempertikaikan kemiskinan dia.. Ada orang diuji dengan cantik paras rupa.. Cantik dia bawak ke mana? Ke agama @ ke pameran?.... Ada orang diuji dengan kawin, ada diuji dengan tidak berkahwin @ Dia beratkan cari pasangan sedangkan dia mampu, itu juga ujian.. Sebab itu kita kena tau dan yakin matlamat hidup kita supaya apa yang diuji, kita bersedia dan kita harungi.. Sebab kita ada matlamat.

Q: So, maknanya takyah pikir sangat la pasai jodoh ada ke takde.. camtu?
A: Usaha perlu.. Kalo orang bujang nak kawin, kena usaha cari.. Sebab kawin ni sunnah Nabi.. Pahal dilipatganda bagi aktiviti yang sama bagi orang berkahwin berbanding bujang.. Jangan tak pikir dan tak usaha.. Macam sakit, nak sihat kena makan ubat.. Tapi bukan ubat tu penyembuh.. Allah tu penyembuh.. Ikhtiar dengan makan ubat.. Tak makan ubat pun kalau Allah nak sembuhkan.. Boleh.. Tapi kena usaha.. Tengok Mariam ketika lahirkan Nabi Isa.. Lepas lahir, lemah dia, lapar dia, haus dia.. Allah suruh goyangkan pokok tempat dia bersandar sebab ada kurma di pokok tu... Tak goyang, tak gugurlah.. Kenapa Allah suruh Mariam yang serba lemah sebab baru lahir tu goyang pokok? Allah boleh hantar angin suruh goyang takpun Allah bagi je la.. Toksah goyang2.. Tapi tu la usaha walaupun kecik kena usaha..

Q: Ok, paham.. So, kesimpulannya pasai jodoh ni apa?
A: - Kena usaha, - Dan ada ilmu.. - Nak ada ilmu kenalah lapang dada dan belajar.. - Jodoh ni urusan dunia...

2 comments:

Unknown said...

ok... faham sgt2...
😯😯

Zarina said...

Bagus kalo faham..sama2 usaha na..usaha tangga kejayaan..go go chaiyok