Thursday, December 29, 2016

Melaka, Port Dickson, Putrajaya, KL - Part 3

Assalamualaikum...

Omg..ingat dah sampai last part..rupanya dok kat PD lagi..hahaha
Dah sebulan dah..baru nak sambung..lupa dah..sat nak ingat balik..


Hari Ketiga 12/11/2016


Pagi2 buta lagi aku dah bangun awai..
Merenung luar jendela..sejuk, nyaman ja tengok laut (walaupun laut nampak sipi2 ja)..
Sebelum kuaq memana meeting dulu.. Sebab taktau nak p mana..
Last kami decide nak p pantai.. Pantai teluk kemang kot ( lupa la plak)..
Breakfast kat warung tepi pantai tu.. Pagi ni breakfast Kak Niza belanja.. Tq Kak!

Tau la tepi pantai kan..panaih lit lit..
Budak2 ni dok gaduh nk tshirt.. Suruh la depa p belek2 cr tshirt bekenan..
Lama gila kot menyopping tshirt ja.. walaupun tshirt tapi melayang jugak ratusan RM..
Pastu xdak agenda apa2 dah..merenung tepi pantai tengok orang mandi manda ja...

Berjalan - jalan menuju pantai scan mata..hahaha

Abg Nuar sorang ja laki kat sini..
Tapi dia OK ja... janji dapat berjalan.. :-)



Check out dari Puteri Beach Resort, PD kul 12 pm..

On the way nak p Putrajaya, kami singgah makan cendol bakar..Celah mana yang bakarnya pun tak tau la..
Ntah ka nama ja cendol bakar..
Kami teruskan perjalanan lalu highway semua..sampai ke Putrajaya..

Kat Putrajaya, kami dok umah transit.. sama jugak tempah kat SBBPH..
Rumah transit ni murah..RM 70 / malam..ada 3 bilik, 2 bilik ayaq..
Boleh la nak tidoq lepak2..Besaq jugak rumahnya pun..
Gambaq umah takdak la plak untuk dipertontonkan..haha
Untung la sapa2 keja gomen tu..Nasib baik orang sekeliling aku keja gomen.. Boleh la menumpang di sudut dunia.. :-)

Tak ingat la apa aktiviti seterusnya..
Malam tu ada event apa ntah kat Putrajaya.. Banyak jalan tutup..
Kami p mana ntah namanya kat tasik buatan tu..
Dinner kat Umai Cafe.. Cafe ni best.. Sebab murah dan macam2 menu ada..Tapi crowded la sebab famous kan..

Lepas melantak p jalan2 kat jambatan kaler2 tu..(semua lupa nama tempat :p)


Tak nampak kalernya pun..
Banyak la gambaq..Malas nak share banyak2..
Lepas penat melilau sana sini.. Balik rumah.. Rehat2 ja la..


Kos untuk hari ketiga
1. Breakfast Nasi Lemak = Kak blanja!
2. T-Shirt aku, Pina, Pendi = RM 100.00
3. Cendol Bakar = RM 17.50
4. Rumah Transit Putrajaya RM 70.00/ mlm  = RM 35.00 (kot)
5. Laundry = RM 10.00
6. Makan Malam Umai Cafe  = RM 38.00

TOTAL BURN = RM 200.50

p/s: Dok ingat kat rumah transit tu ada disediakan towel.. rupanya takdak!..dah la towel tak bawak..Seb bek umah Izaidah sekangkang kera ja..Pinjam towel dia and housemate dia..Pastu jumpak anak kucing comel gila nak mampus..Tapi sayang..Tak boleh bawak balik.. :-(

No comments: