Thursday, March 28, 2013

Oh My Heart..


ok heart..lets go back..

i will search a new 'home' for you...

which is more warm and nice and lovely...

i promise...

i will not give you to anyone that will make you cry again..

i promise and i will keep my promise..

and you too..stop expect anything from anyone..

i will make sure you will end up at very nice 'home'..

be patient..the time will come..

one day.........


p/s: bukan senang nak jumpa dengan orang yang betul2 ikhlas akan sayang n terima kita seadanya..kita ja senang syg org..haish..*xbaik mengeluh*


 

Wednesday, March 20, 2013

Be Proud of Who You Are


Terjumpa nih kat fb sapa ntah..

Ye berbangga la dengan apa jua pekerjaan kamu..

Semua kerja pun akan menyumbang kepada masyarakat..

Dalam bidang engineering, tak semestinya insan yang bergelar 'engineer' saja wujud..

Technician pun ada jugak, lecturer pun ada jugak..

So, terms "engineering" nih luas ya amat..

Semua bidang pun ada kesusahan n kesenangan..

Sebab semua benda berbeza walaupun nampak sama..

Kadang2 kita selalu pertikaikan..

"Eleh, kerja ko senang jer..g kerja, balik kerja..cuti rehat"

Memang la senang cakap n tengok..

Kita tak tau apa kerja dia, apa dia buat n apa yang dia perlu pikir..

Jadi jangan judge orang kalau kita tak pernah merasa berada di tempat dia..

OK!Peace no war.. :-)
 

Kepada semua umat manusia, bersyukur la dengan kerjaya anda..


Kepada sesapa yang kerja asyik stress melampau batas..

Mesti pernah rasa camni kan??

 


Cuma nak cakap..

Aku le tu..

Selalu rasa tertekan, nak menangis bila stress melampau..haha

Dah la..nk bekerja..


Layan dulu gambar nih..












Auni baru balik nursery..







p/s: i love my job..i dont love my company..but i love U! :-)

Tuesday, March 12, 2013

Orang Yang Kita Sayang





Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih
sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, kamu nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya
.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. 

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
 
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


 





p/s: jika rasa yang depan mata tu tak baik n rasa yang belakang nun baik.. tinggalkan la yang depan mata nih.. jangan disakiti hatinya.. dia berhak untuk menyayangi dan disayangi.. KALO TAK SUKA PULANGKAN (sapa2 terasa ambik lah..hoh!)

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia... :-)







Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


p/s : Indahkan bait - bait lagu wanita dendangan kumpulan nasyid Dehearty..Wahai lelaki,bolehkan anda hidup tanpa wanita? Sedih sangat bila dengar penganiayaan lelaki terhadap wanita lebih2 lagi wanita didera, dirogol dan dibunuh.Mana pergi sifat perlindungi yang Allah kurniakan keatas lelaki ? Mana pergi 9 akal pada lelaki berbanding wanita dgn akal nan satu ? Wahai wanita ,persiapkanlah diri dengan ilmu dan iman yang teguh agar tidak bisa dipandang rendah oleh lelaki..Peace :)

Selamat Hari Wanita untuk rakyat Malaysia

sumber : cikguDahlia

SELAMAT HARI WANITA UNTUK KAWAN2 SAYA, KAKAK2 SAYA, EMAK2 (EMAK N BAKAL MAK MERTUA :-)), 

p/s: tak sempat nak mengupdate dengan gaya sendiri..then nampak tulisan nih..terima kasih penulis..ayat sangat best..

Tuesday, March 5, 2013

Pilihan sentiasa ada...







♂♥♀ Sebelum kamu selingkuh ingatlah dia yang selalu setia disampingmu ketika kamu memerlukan seseorang yang mampu membuatmu tabah♂♥♀ . 

♂♥♀ Disaat kamu ingin mencampakkannya begitu saja , ingatlah dia yang berusaha untnk menjdi pelangi ketika awan kelabu menyelimuti dirimu ♂♥♀ . 

♂♥♀ Disaat kamu ingin menyakitinya , lihatlah saat dia rela menitiskan air matanya untukmu agar kamu selalu bahagia♂♥♀ . 

♂♥♀ Cintailah dia dengan hatimu , jagalah dia dengan ragamu dan terimalah dia apa adanya dia, tanpa pernah merasa kecewa kerana dia tak mampu menjadi sempurna seperti apa yang kamu minta . Percayalah , kelak kamu akan dapatkan yang terbaik dari dirinya ♂♥♀.








Bersyukurlah seada dia. 
Kamu mungkin berkata "ada lelaki / perempuan yang lebih hensem / cantik dalam pilihanku. Mengapa aku harus memilih dia?"
Kamu harus ingat, dia juga punya pilihan lain yang lebih baik, tapi dia memilih KAMU!. 
Cinta tak buta, tapi manusia buta kerana ego dan cinta palsu.

 


p/s: Terima seadanya, mesti bahagia...

Monday, March 4, 2013

Pelangi Petang..


 
Def Gab C - Pelangi Petang

 Tetiba tersuka lagu nih..

Layan la....


 



Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus ) 



p/s: "Kalo itu jodohku, dekatkanlah dia. Kalau itu bukan jodohku, jauhkanlah dia". Patulah jauh, makin jauh.......................

Saturday, March 2, 2013

Istimewa Untukmu...



Istimewa untuk hati yang sedang bersedih.. 

Jiwa yang sedang berduka..

Minda yang sedang berkecamuk..

Inilah petua terbaik buat mengubati resah dan gundah: 

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. 

2. Berdoa - Mohonlah kepada_Nya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. 

3. Sibukkan diri dengan s esuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. 

4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya. 

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.




Takpun..tengok gambaq demok nih... :)
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Hai..nama saya Auni 2,3,4..:-p 


(bila tengok gambar nih otomatik akan tersenyum :-)) 


p/s: Andai rasa hati gundah gulana, carilah 'buku' yang paling banyak manfaat....Al-Quran