Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
p/s : Indahkan bait - bait lagu wanita dendangan kumpulan nasyid Dehearty..Wahai lelaki,bolehkan anda hidup tanpa wanita? Sedih sangat bila dengar penganiayaan lelaki terhadap wanita lebih2 lagi wanita didera, dirogol dan dibunuh.Mana pergi sifat perlindungi yang Allah kurniakan keatas lelaki ? Mana pergi 9 akal pada lelaki berbanding wanita dgn akal nan satu ? Wahai wanita ,persiapkanlah diri dengan ilmu dan iman yang teguh agar tidak bisa dipandang rendah oleh lelaki..Peace :)
Selamat Hari Wanita untuk rakyat Malaysia
sumber : cikguDahlia
SELAMAT HARI WANITA UNTUK KAWAN2 SAYA, KAKAK2 SAYA, EMAK2 (EMAK N BAKAL MAK MERTUA :-)),
p/s: tak sempat nak mengupdate dengan gaya sendiri..then nampak tulisan nih..terima kasih penulis..ayat sangat best..
No comments:
Post a Comment