Istimewa untuk hati yang sedang
bersedih..
Jiwa yang sedang berduka..
Minda yang sedang berkecamuk..
Inilah petua
terbaik buat mengubati resah dan gundah:
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir -
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
2.
Berdoa - Mohonlah kepada_Nya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
3.
Sibukkan diri dengan s esuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala
kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat
dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda
- Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang
yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang
arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan
sebagainya.
5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum.
Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia
mampu menenangkan fikiran dan hati.
Takpun..tengok gambaq demok nih... :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hai..nama saya Auni 2,3,4..:-p |
(bila tengok gambar nih otomatik akan tersenyum :-))
p/s: Andai rasa hati gundah gulana, carilah 'buku' yang paling banyak manfaat....Al-Quran
No comments:
Post a Comment