Monday, April 17, 2017

Ke Langkawi ke Kiter... (^.^)

Assalamualaikum...

Rasa macam lamaa gilak tak update blog..
La ni busy, keja banyak nak mampus..
Takleh nak cover dah..
Tapi takpa, pelan2 buat..

Minggu2 lepas (7hb - 9hb April), aku ngan Izaidah p melancong over the sea..haha
Percutian bajet, saja p Langkawi sebab murah dan boleh mandi laut..
Penat2 keja.. nak jugak menghilangkan stress yang semakin membebankan nih..

Sampai jeti Kuala Kedah, terus beli tiket yang paling awai..
Nasib baik ada kosong lg.. Padahal lagi 10 minit ja feri nak bertolak dah..


Lepas amik keta sewa, kami terus bertolak p cari umah Asma..
Asma cikgu di Langkawi sana..
Dah lama gila tak jumpa Asma..
Last jumpa mungkin masa kenuri kawin dia 6 tahun lepas..
Anak dah 2 orang dah..
Makan, menyembang, makan lagi, amik gambaq.. Pastu baru blah cari hotel kami


bersama anak no 2 Asma

Kami dok Federal Villa manage by Holiday Villa.. Kat Pantai Tengah.
Booking melalui SBPH (gov punya tu).. Rate murah gila baq hg..
Bertuah gila sebab dapat tingkat bawah.. tak yah susah2 naik tangga..
Belakang hotel trus pantai.. untung orang2 gov.. dahla dapat bilik murah, pantai dekat plak tu..

Bilik luas.. 4 orang pun boleh dok
Petangnya kami jalan2 ja kat pantai..
Cantik pantai ni.. Tak ramai orang.. Tak macam Pantai Cenang.. Bising n bingit..

Taktau la apa masalah pompuan nih

Kami pun nak jugak gambaq sunset

love u to the moon and back

Malamnya misi mencari makanan..
Niat hati nak makan shell out.. P la shell out kat Pantai Cenang..
Tak ramai orang.. Tapi takdak parking.. So, gugel la tempat lain..
Ramai recommend Shell Out @Pekan Rabu..

1st time makan shell out..haha

Esoknya pagi2 lagi aku ngan Izaidah dah terjun laut..
Takdak manusia lain pun kat situ..
Berendam sambil bersembang dan meluah perasaan adalah perkara yang menyeronokkan..
Agak lama jugak kat pantai tu..

Tengah ari baru keluar.. P HIG - beli cekelat orang kirim..
Pastu kengkonon nak lunch ngan kerabu bronok.. Tapi tak jumpa..
Sebab kecewa, trus skip lunch.. Kami p Taman Mardi (sebab tiket murah)..

orang cantik..background punca cantik kan.. :-p

bagus la adik tourist guide nih..



ni souvenier adik tourist guide tu bagi ke aku..

Panaih lit2 kat Taman Mardi nih.. Lepas jalan2 kami dijamu buah2an tempatan yang ada pada musim nih.
Lepas tu kami p la Taman Agrowildlife Park..
Tengok2 tiket mahai (mahai bagi kami la).. So tak jadi masuk..
Amik gambaq ja.. pastu blah..
Tapi taman ni best.. Sebab boleh pegang n bagi binatang2 ni makan.. Boleh bergambaq sekali..

konon nak fokus tulisan belakang tu..tapi tak nampak plak

Then, Izaidah kata nak p Pantai Pasir Hitam..
Tak tau la apa yang dia kenan sangat kat Pantai tu..
Padahal dulu dah penah p.. So kami waze je la ke sana..
Sampai pun nak petang dah.. Amik gambaq, jalan2 sat.. pastu balik

Izaidah paksa aku tulih tu..
 Balik petang tu kami p berendam sekali lagi..
Tapi tak berapa best sebab ombak kuat sangat dan ramai jugak manusia.

Esoknya, lepas check out trus p antaq keta sewa..
Abang keta sewa antaq kami p jeti..
Beli tiket lambat sikit konon2 nak p kat Dataran Helang..
Tapi tengok macam jauhhhh, sayup2 ja..hahaha
Malas nak jalan.. Amik gambaq dari kejauhan saja laa..



Nampak tak helang tu..haha
Abih dah percutian bajet yang memang awesome!!
Lepas antaq Izaidah p airport, aku pun membawa diri pulang ke kampung halaman..
Enjoy sangat walaupun bajet gilerrr..
Terima kasih kawan baik sebab sudi berhabis duet dengan aku..
Kumpul duet plak untuk p tempat lain plak..

cemuihnya naik jambatan kedua..sorang2

Hotel: Federal Villa by Holiday Villa
Keta Sewa: Pakej Percutian Langkawi & Kereta Sewa 

1 comment:

Kak Nab said...

banyak juga tempat menarik dalam malaysia kan.