Monday, April 3, 2017

Lepas Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Lagi..

Assalamulaikum sahabat2 alam maya.. :-)

Harini Isnin kan.. Semua malas2 kan..
Tapi idop mau ceria ya.. haha

Baca tajuk pun dah paham kan..
Lepas balik dari KL berjimba sampai muflis..
Terpaksa plak p KL lagi.. Tapi ni atas urusan kerja.. Terpaksa tau terpaksa


Kami (Aku and Bos) bertolak dari kilang jam 6 pg.. First time naik keta mahai Bos..haha
Sampai KL, Bos antaq aku p Puchong n dia p Shah Alam.. Sebab tempat meeting kami berbeza..
Janji meeting 10am.. Aku sampai 955am.. Tapi orang tu boleh pulak buat aku macam tunggul tunggu dia sampai 12pm..
Ni la masalah sesetengah orang.. Janji selalu dicapatikan.. Ingat kita takdak keja len dok kena tunggu depa..
Sebab aku tak berapa syok.. Meeting cut short 1 hour ja..
Bos aku plak meeting tak siap2 lagi.. Dah 1 hal tak tentu arah nak p mana..

Aku suruh client antaq aku p IOI Puchong la.. Sebab dekat dengan tempat meeting tu..
Senang aku nak cari makan n solat..
Kot la dia nak blanja aku sebab dia biaq aku tunggu kan..
Haram tak belanja pun.. Kedekut sangat..huh

Lepas Bos aku setel semua.. Kami p site sat kat Pulau Indah..
Kebetulan ada excident plak.. Memang kena getah la... Jem tak hengat..
Sampai lewat jugak kat site.. Pastu nak patah balik KL plak..

Aku bermalam di Hotel Fortuna, area Bukit Bintang sana..
Sebab Bos cakap situ senang nak p mana2..
Lepas check in, Bos huluq RM 100.00.. Dia pesan p makan sedap2 sebab kita penat keja..
Dah sorang2 ni.. Tak la aku nak p merayau mana2..
Letih, penat, tak biasa, takut sorang2.. semua ada laa

Ni first time la aku dok hotel sorang2.. Memang semua perasaan ada..
Siap tidoq bukak lampu cerah menderang, bukak tv sampai ke siang.. Last2 seniri takleh lena..
Tu la penangan dok layan page Fiksyen Shasha kat fb sana..

Pemandangan Malam Kota Metropolitan dari tingkap bilik aku..

Esok paginya kami nak p bermeeting ngan Managing Director (MD) plak kat Oasis Damansara? Yala kot nama dia..
MD share location, kami bertolak p sana..
MD ajak breakfast kat kedai best.. Dia kata nasik lemak situ sedap..

Nama kedai tu Ali, Muthu & Ah Hak Kopitiam..

Nak kata sedap tu..hmm.. boleh laa..
Tapi hang tengok kemain mahai lagi harganya..
Kalo kat Kedah leh dapat 3 pinggan nasik lemak ayam..
Harga tu standard KL la kan.. Aku takleh dok KL.. Takleh terima suasana dan harga barang2nya..

Lepas mencekik, kami menapak p office MD aku..

Depan tu MD aku, belakang tu Bos aku
Office MD aku kemain, semuanya kaca u olls..
Siap ada TV besaq, bean bag, mesin ayaq macam Coway tu..
Amboi MD.. kemain.. Awat office kilang sendu ja? Tak adil betoi!!

MD aku dok bancuh chinese tea
MD aku hidangkan kami dengan chinese tea yang aku tak penah minum seumoq idop aku..
Dia kata sebab breakfast berat tadi, so tea ni boleh clean bowel system..
Rasa dia?Kelat, pahit..semua ada..
Tapi aku boleh ja minum.. Sebab lama2 rasa sedap plak

Abis meeting dekat tengah ari jugak laa.. Lagi sekali kena p site kat Pulau Indah sebab nak verify site..
Sebelum sampai Pulau Indah, Bos aku bawak singgah makan kat kedai Hailam apa ntah..
Aku tengok nama cina, pelanggan ramai cina.. Takkan Bos nak bawak aku makan kedai cina kot..
Aku dah was2.. Nak masuk ka tak.. Akhirnya aku ikut jugak Bos masuk p cari meja kosong..
Bila masuk dalam.. Tudia.. ramai ja manusia Melayu dok ada..
Rupa2nya kedai tu chinese muslim.. Semua bangsa ada sebab katanya makanan lain dari yang lain
Bos orderkan aku chicken chop dan bihun hailam kami share.. (sweet tak?haha..)

Bagi aku chicken chop dia pelik sebab aku tak penah jumpak lagi..
Lepas makan, zass p Pulau Indah.. Belikan depa teh ais jugak..
Budak2 ni jaki sikit kalo aku p tangan kosong.. Sampai ke sudah dok perli nanti..
Untong la dok hotel, untongla Bos blanja makan, untongla naik keta mahai..hahaha

Raju makin lama makin 'putih'..Hahaha
Lepas dah setel keja, kami pun bertolak balik dari Pulau Indah..
Rasanya dekat kul 3pm kot baru bertolak..
Bos berenti kat rnr apa ntah, yang ada starbuck tu..
Dia cakap mengantuk.. Dia nak beli kopi.. Dia belikan aku jugak..
Aku tak pernah minum starbuck, apatah lagi nak order (jakun gila)..
So, Bos tolong orderkan untuk aku.. Aku rela ja apa perisa pun..Hahaha

Tu ha.. Nama bos aku ada kat situ..
Perjalanan balik sangat mencabar dan mengantuk sebab ujan lebat..
Alhamdulillah kami sampai kilang dalam kul 7.30pm..
Ayah dan Abg aku dah ada kat kilang tunggu aku..

Kerjaku ini ku rasakan semakin mencabar dari hari ke hari....
Bertabahlah! :-)

No comments: