Betoi ka??.. kalo betoi pun apa salahnya..huhu..
Ari 2 terbaca artikel ni kat lepak santai.. Rasa mcm best ja..
Tu yang tampal kat sini...
Silalah layan la...
Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada Jabatan Pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan perempuan.
Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.
Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.
Mengapakah lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi sedikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina.
Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian:-
- pakar psikologi dari Radboud University di Belanda, pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.









