Saturday, February 11, 2017

Nasihat Seorang Abang

Assalamualaikum....

Saja buh gambaq nih sebab dia kata dia ensem gila..haha
Ni Abang aku no 2.. Kami panggil dia Abg E
Dalam family dia la yang banyak buat keputusan..
Maksudnya apa2 perkara kami akan rujuk dia..
Aku rapat ngan semua Kak2 Ipaq dan Abang2 aku...
Selalu kalo permasalahan kehidupan..
Atau nak beli apa2..
Atau bab cinta..hahaha
Aku selalu akan refer dia..

Kak Niza, Abg D, Abg Nuar, Abg E

Semalam dia mai umah..
Bawak mak mertua dia dari Ipoh sekali..
Saja nak melawat Mak Ayah aku..

Lepas makan..sesi ceramah bermula..
Mula2 yang nak kena..ofcoz la Pina ngan Pendi...
Masa ni aku takda... Sebab malas nak dengaq.. Nanti budak2 ni segan ngan aku plak..
Lepas depa, Abang aku no 3 plak kena..
Biasa la dia.. Masalah disiplin..hahaha

Dah setel semua... Aku p la sembang2 masalah negara ngan dia..
Dia tau segala apa yang aku lalui..
So dia cakap
" Siapa2 pun jodoh hang.. bila dah bersedia..laki tu seniri akan cari aku, ayah..untuk mintak kebenaran bernikah.. Kita takleh paksa hati orang.. Kita takleh nak expect orang akan suka kita.. Kita takleh nak expect orang terima kita.. Ada la nanti tu.. Sabaq ja.. Abg2, kak2 ipaq semua ada untuk sokong masa hang jatuh.. Jangan sedih.. Jangan risau"

Lesson learnt.. Kenapa susah2 nak mikir kan..
Ni bukan keja kita.. Keja Dia..
Dia tahu masa yang sesuai untuk kita..
Tapi kita still kena berusaha..
Sebab jodoh tak mai bergolek2 macam pocong...

Kepada kawan2 yang masih menanti..Bersabaq laaa...
Pasti akan ada rezeki jodoh, rezeki anak..





Friday, February 10, 2017

Rindu Singapore, Rindu Sahabat

Assalamualaikum...

Hai korang.. Harini mood rajin.. So entry ada 2..
Semalam dok belek2 album2 dalam pendrive, jumpak album SECAV trip 2009..

Kenapa aku nak join trip nih?
Sebab ni peluang aku p oversea ditaja.. Hanya bawak duet untuk diri sendiri sahaja..
Aku rasa (sebab dah lama kan) kena interview sesapa yang nak join..
Ada kriteria2 tertentu yang diperlukan..

Aku tak yakin boleh dapat..
Yelah, sebesaq2 USM tu berapa ramai budak2 pandai kan..
Tapi sebab Bit.. Bit paksa aku.. Bit jugak bagi semangat.. And sebab Bit ada la aku cuba join..

Alhamdulillah kami dua2 dapat..
Sebab kebetulan kami aktif kat USM.. dengan join Desa, PPMS la.. Dari 3rd year smpai 4th year kami dapat bilik double.. 
Masa trip tu, tak salah aku, aku bawak SGD 250.00..
Tu pun hasil sumbangan Abang2, Mak, Ayah dan PTPTN...haha

Gambaq ni kat Cafeteria.. Malam sebelum bertolak
Tengokla gambaq tu.. Berapa ketul ja budak2 melayu..
Tapi lain2 bangsa semua ok2..baik2 belaka..
Kami nek bas ja..


Ni gambaq reramai depan tugu nih..
Pe nama ntah tugu nih.. lupa dah..
Kishi la orang kuat projek nih..


Ni la sahabat yang selalu paksa aku belajaq..
Kat sana banyak kami berdua ja.. Tapi yang len2 pun rapat..
Dah dok negara orang kan.. Masing2 tolong menjaga satu sama lain..



Ni depan Universiti apa ntah.. Kami ada projek kat sini..
Best gila U depa..
Cafe dah macam foodcourt..
Ramai gila foreigner..



Ni pun aku tak ingat dah kat mana..
Nak ucap gak terima kasih kat En Rashid (baju biru muda belakang aku)..
Dia la banyak bentuk kami.. Ajaq kami.. Suruh join kepimpinan bagai..
Dia la supporter terbaik kami..
Dengaq kata dia dah naik pangkat sekarang.. Dok kat USM Penang..


Ni pun bergambar depan salah satu U di Singapore jugak..
U apa.. Aku tak ingat laa..
Ada la sorang dua staff U tu kat situ..


Ni plak gambaq depan hostel kami..
Aku taktau bit menghilang mana masa nih..
Rasanya masa nih kami nak kuaq berjimba2..

Banyak sangat kenangan best2 kat sana..
Yang paling takleh blah Mak aku call aku..
Tak sampai 10 saat, abih kredit rm10 aku..huhu

Alhamdulillah dapat gak merasa p negara lain..
Nak p seniri tu taktau laa..
Ada bond dengan gov..PTPTN ler tew..hahaha


p/s: harap2 ada orang sudi bawak p Jepun nanti.. :-)

Cita-Cita & Impian

Assalamulaikum...

Di pagi Jumaat yang barokah ni, mai la pakat2 bersyukur sebab masih lagi bernafas atas bumi Tuhan nih..
Tapi malas jugak nak keja sebab semalam cuti, esok pun cuti jugak..
Keja jugak kewajipan..ikhlas kalu, dapat la pahal..kalo tak ikhlas..hmmm..

Dulu zaman kecik2, cita2 aku nak jadi Cikgu..
Ayah aku buat board guna board yang abang aku punya tu, untuk lukisan teknikal..
Mengajarla aku segala anak2 kucing dan kerusi meja semua..haha


Makin besaq, tak tau arah tuju dah..ikut ja apa abang2 aku suruh..
Masuk matrik pilih fizik tu pun aku taktau sapa pilihkan..
Tau2 aku dah masuk jurusan fizik..

Mula2 abang2 aku suruh amik farmasi..konon nanti boleh masuk farmasi..
Tapi tak tau kenapa aku terjerumus dalam fizik..hahaha
Masuk USM pun aku taktau jugak sapa pilihkan kos tu..
Aku pilih USM sebab dekat..
Masa kecik2 kalo nak p parit buntaq/bandar baharu lalu USM tu kan..
Aku kata kat ayah aku "Nanti adik nak belajaq sini la"..
Alhamdulillah tercapai jugak cita2 aku..


Impian.....
Semua orang ada impian..


Kalo la mengikut kata orang atas tu..
Impian adalah ibarat blue print.. Taktau berapa banyak dah blue print aku..
Harap2 nanti semua akan tercapai laa..

Satu2 aku cuba laksanakan..
Berperang dengan perasaan yang maha hebat..
Dengan orang sekeliling.. Dengan persekitaran.. Sangat mencabar..
Realiti dunia harini..Sangat susah untuk dapatkan kepercayaan orang..
Sangat susah jugak nak percayakan orang..

Perjalanan mencari impian yang satu tu sangat susah aku rasakan..
Aku rasa aku dah berusaha yang terbaik.. Tapi mungkin masih tak cukup..
Bermain2 dengan perasaan sendiri..
Gembira, suka, duka, sedih semua dah rasa..
Ntah sapa yang patut disalahkan..
Mungkin diri sendiri, atau pihak lain..
Tapi percayalah... Semua ketentuan Tuhan..
Jalan takdir telah ditentukan.. Cuma kita perlu lalui dengan tabah dan tenang..





Hidup ni kadang2 tak susah pun..
Tapi kita yang menyusahkan diri sendiri..
Termasuk la aku.. Suka menyusahkan diri sendiri walaupun malas tu tebal 18"..
Orang putih kata "Just follow the flow".. haa gitu..




Follow the flow... Kalau rasa senang..
Aku suka tulis ayat ni:

"Make Someone Happy.. Just SOMEONE!.. And U Will Be Happy Too"

To YOU..yes YOU ( i know sometime u read my blog)..
No promise to make YOU happy.. But I will try My Best.. MY VERY BEST for you..
May Allah ease everything for us and ease the path..
May Everything went well.. 

Tuesday, February 7, 2017

Besaq Dah Dia....

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran..
Nak kata bizi tu.. takla bizi sangat..
Tapi ada benda lain dok buat..
La ni tengah gila baca Fiksyen Shasha (boleh search kat FB)

Rasanya budak2 Tingkatan 1 yang dapat SBP @ MRSM dah p mendaftar semalam kot..
Anak sedara aku (Safwan) mohon masuk asrama sekolah dia (lupa sekolah apa..depan Mydin Parit Buntar)..
Kata Cikgu, lepas budak2 yang dapat MRSM @ SBP keluar, baru dia boleh masuk..

Cepatnya masa berlalu..
Dah sekolah menengah, nak masuk asrama dah budak tu..
Dah ada 3 orang adik dah pun beliau..

Teringat masa dia tadika dulu.. Dia ada adik kecik sorang (laki)...
Kak Ipaq masa ni sambung belajaq kat Hospital Pulau Pinang..
Tinggai Abang sorang2 uruskan anak2 sebab Kak Ipaq kena dok asrama..
Aku plak masa ni baru abih degree kat USM Nibong Tebal tu..
Kengkonon nak rest, nak menikmati idop..
Boring gila baq hang..

Pastu Abang aku habaq dia tak mampu nak handle anak2 dia sebab dia keja..
So, aku amik anak2 dia bawak balik kampung.. jadi bibik, sementara Kak Ipaq nak abih belajaq..
Rutin aku pagi2 antaq si Safwan nih p Tadika kat SK Sungai Bakap

Safwan

Sebelum p Tadika, wajib singgah kedai kat Pekan Junjong tu beli bengkang..Wajib okeh!
Walaupun sekolah dia ada sedia makan pagi..
Aku beli bengkang 1 biji untuk dia..
Sampai kat sekolah, aku teman dia makan kuih dulu sambil dok atas moto..
Dah abih makan baru dia gerak masuk sekolah..
Tu la rutin harian aku 5 ari seminggu..

Saufi (adik Safwan), Safwan & Pendi

Dia balik sekolah kul 11pg..
Lepas antaq dia, aku p USM.. Lepak ngan Lida sebab masa ni Lida amik kursus apa ntah kat USM tu..
Lepak2 dalam bilik dia, main internet.. Masa ni popular Tagged.. Aku dok layan mendalah tu laa..
Dekat2 kul 11, aku p la amik Safwan balik sekolah..

1 lagi tabiat dia, suka tidoq atas moto..
Kalo dia dok belakang, kalo aku perasan dia lena, aku pegang la belakang dia..
Tapi selalu aku suh dok depan (dalam raga)..
Letak kepala atas moto..lena la dia sampai umah..
Masalah pa taktau..takkan tak cukup tidoq..Rasanya dah lebih dari cukup aku bagi dia tidoq..

Bawak depa bukak posa makan steamboat ngan Izaidah sekali

Balik rumah, makan tengah hari plak. Lepas makan main sat.. pastu tidoq plak..
Cepatnya dah besaq.. dah Tingkatan 1..
La ni zaman makin canggih.. Kalo nak tanya keja sekolah takyah dah mai dok depan muka aku..
Main wasap ja la nih.. senang..


Saufi, Safwan, Auni

Makin besaq dia nih, makin besaq jugak gigi depan tu..hahaha
Taktau la terkenan kat sapa..
Tapi zaman sekarang budak2 banyak ngan henpon jaa..
24jam henpon ngan internet.. kalo takdak tu boleh meroyan semua..
Beza ngan dulu..Dulu2 kalo istilah main tu, mesti kena keluaq umah..

Harap2 Safwan lebih berdikari bila dok asrama nih..
Lagi rajin belajaq..
Boleh jaga adik2..
Berjaya dalam pelajaran macam Ayah ngan Ummi dia..


p/s: Acik yang penyayang penuh emosi.. :-(

Thursday, January 5, 2017

Melaka, Port Dickson, Putrajaya, KL - Part Last!Yeay!

Assalamualaikum...

Memaksakan diri abihkan jugak..
Tak menahan dah nak abihkan part nih..hahaha
Nanti penyakit malas mai, mau hujung tahun depan baru setel..

Hari Keempat 13/11/2016

Semalam aku dah warning semua orang pagi ni kena bangun awai sebab nak p breakfast tempat famous amous..
Nama kedai nak breakfast tu Warung Bunian..cer google..mesti ada punya..
Warung ni memang famous la untuk breakfast, so kena mai awai..nanti kena beratuq tunggu turn meja..
Tau knapa nama Warung Bunian? Sebab memang kedai dia sorang2 kat hutan tu..

Alhamdulillah kami sampai tu tunggu sat ja trus dapat meja kosong.
Makanan yang ada nasik lemak pataya & nasik lemak teloq mata, roti canai dan air2 biasa laa..


menu berlainan..sambal pedaih gila noks..
Makanan sedap, harga pun murah la kalo nak diikutkan cara2 idup di kotaraya..
Lepas menternak lemak, ada keinginan nak memecahkan kembali lemak2 yang sedia ada nih..
Kami teruskan destinasi p Taman Botani Putrajaya.


Map Taman Botani Putrajaya.

Best taman ni..Boleh jalan2, boleh sewa basikal.. Ada taman dan ada tasek jugak..

Budak2 2 ketoi ni saja2 nak amik gambaq kat platform tu..
Pijak ja platform pakat2 menjerit sebab tak stabil..

Anak2 sedara kesayangan - Nana dan Pina
Dalam tu ada macam2 jenis tanaman seluruh dunia..
Larat ngan tak larat ja nak menapak..
Ramai manusia beriadah ngan family, exercise pun ada..
Kami jalan2 seluruh taman tu.. Naik bukit, turun bukit.. Pusing 1 taman, jalan2 tepi1 tasik..
Dah cakap ngan Izaidah, nanti nak mai lagi.. :-)

Jumpak sesuatu yang menarik:


Nama beliau ialah POKOK KULIM..hai orang kulim.. :-)

Lepas beramah mesra dengan Pokok Kulim, kami pun beransur pulang.. Sebab dah tengahari, panaih lit lit..
Balik rumah, kemas dan mandi siap2..
Dalam kul 12pm kami checkout dan antaq Izaidah balik sebab dia nak p Melaka (kot).. Ada event kat sana..
Dalam google jumpak tempat lunch yang famous jugak
Nama dia "Restoran Mat Ayam Kampung".. Makanan kampung, sedap dan macam2 pilihan ada..
Sorry tak amik gambaq sebab lapaq..Hahaha

Mula2 ingat nak balik terus ja..
Tiba2 Nana & Pina kata nak p KLCC..
Teringin nak jejakkan kaki katanya..
Aku ni dah la memang tak penah tau jalan2 kat KL.. Apatah lagi nak p KLCC..
Kami waze ja la.. Waze "KLCC Car Park".. Haa..senang.. Masuk car park truih..

Tak boleh tahan jalan dalam KL.. Nasib baik bukan aku yang drive.. Jem sana, jem sini.. Tiba2 kuaq jalan sehala plak.. haish..
Akhirnya, dapat jugak jejakkan kaki KLCC..
Kalo tanya aku, aku rasa takdak apa pun.. Boleh jalan2 ja la.. Nak shopping memang tak la walaupun beli ayaq mineral..
Kami kuaq p tempat2 orang dok melepak amik gambaq..
Biaq depa bergambaq puas2..

Gambaq tuan blog mesti la kena ada kan... :-)



Taktau pesen sapa suka amik gambaq dari kejauhan...

Lepas dah puas hati, kami gerak balik Parit Buntaq...
Malam pun makan KFC ja..
Sampai parit buntaq dalam kul 9mlm camtu..
Pastu Ayah ngan Abg Andi amik kami balik Junjong...
Esoknya kejaaaaaa... :-(

Macam tu la berakhirnya percutian yang kelam kabut..
Best sebab kawan baik sudi join family bercuti bersama..
Penat sebab pack.. Nasib baik bukan aku yang drive..

Kos untuk hari keempat
1. Breakfast Warung Bunian = RM 26.00
2. Lunch Restoran Mat Ayam Kampung = RM 14.00
3. Dinner KFC = RM 30.00


TOTAL BURN = RM 70.00

p/s: Kos2 kat atas dan entry2 sebelumnya ada untuk perbelanjaan Aku dan Pina (sebab Pina bawah jagaan Aku) dan jugak kadang2 Aku belanja depa2 makan.. Bukan kos untuk seorang.. Tengok boleh, nak jadikan benchmark tak boleh.. :-)